Thursday, February 18, 2016

Soalan: tak jelas dengan jawapan.

Nama*:Muhammad Aiman
Tajuk*:tak jelas dengan jawapan.
Message*:: Salam ustaz. Sy ada masalah. Isteri sy ni suka cakap kononnya sy dah ceraikan dia.. Ade perkataan cerai je dia pikir jatuh talak. Puas berulang kali sy ajar & terangkan bagi dia paham.. Malam td isteri menangis2 dan dia ada tanya sy macamni.. Dialog kami mlm tadi;

Isteri : kenapa awak tak percaya cakap saya? ( cakap dia kononnya dia kata sy dah ceraikan dia )

Suami : saya percaya cakap awak.. ( cakap dia mengatakan sy dah ceraikan dia ) sy hanya sekadar percaya apa yg dia cakap.. Tapi sy tak mengiyakan kata2 dia.. Sy buat macamtu sebab nak meredakan perasaan dia sebab isteri sy ni mudah sangat salah sangka maksud sebenar sy..

Lepastu ustaz.. Dlm pd masa sy berulang kali berbuih mulut nak fahamkan dia, sebab isteri sy ni tak paham2 maksud sy, sehinggakan bila sy cakap 'sy percaya' berulang kali tetapi sy tersasul/tersalah cakap 'sy iyekan'.. Sy tersentak sy tersasul, sy terus istighfar panjang ustaz.. Jujur sy hanya nak fahamkan/mengajar dia supaya dia tak salah sangka dgn sy.. Sebab dari awalnya, isteri sy mintak sy fahamkan dia sebab dia kata dia tak faham & keliru..

Mohon penjelasan & nasihat ustaz.. Adakah jatuh talak atau sebaliknya? Terima kasih..

File Upload:
Salam

Lafaz cerai hanya akan dikira sah jika lafaz itu jelas dan terang, jika disebut tidak jelas dan tiada niat yang pasti, maka ia tidaklah dikira talak.

Seperti saudara nak terima akad nikah, lafaznya terang dan jelas, baharulah dikira sah nikah. Begitu juga talak, hendaklah terang dan jelas.

Bawakan buku buku fiqh kepada isteri untuk dibaca dan ditelitikan bersama.. Belajar semula drp apa yang telah belajar masa SPM dahulu.. hehe


------ -------- --------- ------- ------- ------

Sy nak tanya lagi ustaz. Sebab sy tak paham sepenuhnya jwpn ustaz.

1. Jatuh ke talak bila sy tersasul kata 'sy iyekan' tanpa sebarang niat, sebab mula2 sy nak kata 'sy percaya'.. Dalam pd masa yg sama, maksud 'sy iyekan' pd waktu tersasul tu, sy takde niat pun/takde tuju pun untuk 'iyekan' yg mana satu.. Walaupun mase tu isteri dakwa sy dah pun menceraikan dia..

2. Adakah maksud 'sy percaya' tu bermaksud sy mengiyakan kata2 isteri? Pada asal niat & tujuan sy, maksud 'sy percaya' tu hanya sy percaya kata2 dia.. Tapi teap walau sy percaya, tapi sy tak bersetuju & menerima dakwaan dia terhadap sy..

3. Adakah jatuh talak antara kami ustaz? Adakah kami masih suami isteri yg valid? Sy takde niat sama sekali untk menceraikannya.

Terima kasih ustaz.
File Upload:
Salam

Mohon dirujuk kes saudara ini daripada ustaz lain.. saya mohon maaf kerana tidak dapat menjawabnya lagi.

tk

Visitor IP: 115.164.86.47

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA