Nama*: | Zura |
Tajuk*: | Adakah Jatuh Taklik |
Message*: | Salam ustaz. Suami saya ada bertaklik jika dia berzina maka jatuhlah talak. Apabila dia mula buat 'perangai' dan liat untuk solat seolah-olah rasa tak selesa, saya berasa was-was jika dia kembali pada tabiat lamanya yang gemar menjalin hubungan sulit dengan wanita lain. Lantas satu hari saya tanyakan padanya, adakah taklik yang dia pernah dia lafazkan sudah jatuh? Tiba-tiba dia naik angin dan menjawab, "sudah, hari ni dah jatuh". Dia kemudiannya berkata dia jawab begitu kerana marah saya bertanya soalan itu meskipun sudah saya jelaskan, niat bertanya semata-mata kerana bimbangkan hukum agama yang tak boleh dibuat main. Persoalannya, jika suami mengaku sudah jatuh taklik adakah jatuh satu talak ke atas saya walaupun dia mungkin tidak melakukan perkara yang ditaklik itu? Terima kasih. |
File Upload: |
Jika lafaz taklik itu disebut benar oleh suami, maka perbuatan zina oleh suami menyebabkan jatuhnya talak ke atas puan.
Selagi suami tidak mengakuinya dia berzina, usahlah dipaksa kerana ia hanya akan menyusahkan hidup puan sahaja. KEcualilah ada bukti nyata suami berzina, maka sahlah talak terjadi ke atas puan.
Terimalah pengakuan suami seadanya.
tk
Visitor IP: 123.136.111.201
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.