Wednesday, February 3, 2016

Soalan: Mohon Pendapat

Nama*:Unknown
Tajuk*:Mohon Pendapat
Message*:Saya sudah 4 tahun berkahwin.
Saya ada seorang anak.
Saya sangat x bahagia dgn perkahwinan saya. Mcm2 yg saya cuba untuk menjadikan rumah tangga saya harmoni dan bahagia tp masih tidak berjaya. Bila saya ok suami x ok. Dan mcm tu jugak sebaliknya. Suami banyak menyakitkan hati saya dgn cacian dan makian. Dia juga suka melepaskan rasa marah dia dgn memaki hamun saya. Juga memanggil saya dgn panggilan yg kasar seperti "hoi babi" " ko babi" "sial" anjing" "celaka" bangsat" dan banyak lagi. Ada masa saya x tahan dan saya meletup. Dan paling teruk kami akn bergaduh bertumbuk dan menjerit satu sama lain. Ada masa jugak saya cuma bersabar dan mendiamkan diri. Saya sebolehnya x nak bergaduh depan anak kerana anak semakin membesar dan situasi pergaduhan kami tidak sesuai utk perkembangan anak. Tapi semakin saya diam semakin dia memijak maruah saya sampai melibatkan ibu dab keluarga saya sebagai bahan makian dia. Kadang2 saya rasa dia sengaja nak tengok saya mengamuk atau pecah mental. Saya x tahu nk buat ape. Klu sya cube nk slow talk dia akan ckp saya nk kurang ajar dan derhaka bila saya diam dia cakap saya bodoh bila saya bagi pa ndangan dia cakap saya menyibuk. Saya sangat2 buntu. Saya pernah minta dilepaskan bnyk kali tapi dia buat tak endah dan anggap saya isteri derhaka dan kurang ajar x nak dengar cakap nak memberontak. Saya ok klu dia nak kahwin lagi tp saya tak sanggup hidup dgn org yg anggap saya seperti punching bag. Saya x kisah klu dia susah x ada duit nk bg saya setiap bulan tp saya x sanggup dia buat saya seperti tak wujud. Hanya hidup untuk dimaki. Dimana kerahmatan kenikmatan rumah tangga. Apa saya nak bagitahu anak saya klu dia tanya kenapa ayah doa buat saya mcam tu. Saya x pernah curang tak pernah meminta itu ini. Saya bekerja dan saya sendiri yg urus anak dan perbelanjaan saya harian.

Soalan saya.

Apa tindakan yang perlu saya ambil?
Apa hak yang saya ada?
Bagaimana saya nak hadapi dia?
Apa saya yang x betul @ normal perkahwinan mmg macam ni?
Adakah saya terlampau lembut @ keras?

Sekian terima kasih.
File Upload:
Salam

Puan, dugaan besar yang puan lalui memerlukan kekuatan dalaman.

Asas berkahwin adalah untuk memelihara agama, nak jaga maruah nak jaga keturunan. Bila asas perkahwinan kerana cinta dan kerana nafsu semata, itulah punca kebejatan yang terjadi. Nafsu dah puas, cinta dah berbalas, akhirnya makian dan cercaan sahaja yang dapat.

Saya cadangkan puan kembali bertaut dengan Islam, bertaut rapat dengan Allah. Pastikan yang wajib kita sempurnakan dan buatlah selalu solat hajat dan tahajud.. Mengadu kepada Allah dan mohonlah hidayah dan iman kepada suami. Mohonlah jadi suami yang bertanggungjawab dan tahu nak jaga isteri dan anak-anak.

Jika berpeluang, bimbinglah suami ke jalan Allah juga. Hindari dari maksiat yang biasa dia lakukan, sebab maksiat menjadi punca dia keras hati, kasar dan tidak bertanggungjawab. Ajaklah suami solat berjemaah, ajaklah suami baca Quran dan bawakan ruh Islam ke dalam rumah.

Rumah tangga yang ada amalan islam di dalamnya akan diberkati Allah, ada nur Allah dan ada sumber ketenangan dan kebahagiaan di sana.

Itu usaha pertama.

Ikhtiar berikutnya ialah puan boleh buat pengaduan ke kaunselor atau pejabat agama bagi mendapatkan bimbingan dan panduan. Biasanya pejabat agama akan memanggil suami untuk dinasihati walaupun perkara ini amat sukar hendak diikuti oleh lelaki..

Puan berhak mengadu kepada mahkamah, berhak untuk mempertahankan diri daripada terus dicela dan dihina.

Sepatutnya, sesudah berkahwin, perkataan BABI itu tidak muncul lagi daripada mulut suami mahupun isteri.. Cacian dan hinaan itu dah berakhir..

Lelaki yang keras, perlukan perempuan yang lembut dan lunak untuk mencairkannya... mungkin puan boleh bertenang dan berfikir juga ttg perkara ini...

tk

Visitor IP: 64.233.173.104

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA