Soalan: dayus
Nama*: | leman |
Tajuk*: | dayus |
Message*: | assalamualaikum ustaz
maaf atas kejahilan...saya sedang menghadapi masalah rumah tangga disebabkan ada orang ketiga
untuk pengetahuan ustaz..saya dan isteri merupakan pensyarah,saya dan isteri tidak pernah mengahadapi masalah hubungan dan bahagia. selepas 13 tahun perkahwinan ini pengalaman pertama isteri saya jatuh cinta dengan pelajar yang agak mesra dengannya....tetapi semuanya hanya melalui text dan call sahaja..setelah saya ketahui, saya telah berbincang dengan isteri dengan demokrasi....namun apa yang berlaku saya menjadi kasihan kepada isteri dan mengambil langkah untuk merelakan hubungan bagi menyelamatkan pelajar tersebut tidak dapat mengawal perasaan....saya tidak pernah berjumpa dengan pelajar itu lagi berkenaan hal ini...
Persoalan saya adakah saya dikira dayus dan sekiranya jatuh hukum dayus apakah yang berlaku pada ikatan perkahwinan saya?? |
File Upload: | |
Salam
Apa maksud hubungan isteri dengan pelajar berkenaan? Hubungan antara guru dan pelajar atau hubungan macam suami isteri? Jika telah berlaku hubungan seperti suami isteri, maka saudara berhak untuk menceraikannya dan jika masih rela dengan tindakan isteri seperti itu, suami layak digelar dayus.
tk
Visitor IP: 218.208.251.67
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.