Sunday, February 21, 2016

Soalan: Mohon pandangan ustaz

Nama*:Hani
Tajuk*:Mohon pandangan ustaz
Message*:Salam pak ustad...
Saya seorang isteri dan ada anak...
Masalah saya ini begini..:
Saya kerap gaduh sama suami..
Bila gaduh aje, suami akan ngomong "kamu keluar dari rumah ini".
Artinya setiap kali guduh,suami akan halau saya suruh balik ke rumah ibu dan bapak saya..
Masalahnya udah lebih 10kali suami berkata begitu karna sudah 10kali kami gaduh..
Adakah bisa jatuh / terjadinya talak secara kinayah?
Risau bangat ni pak ustad dengan status pernikahan saya karna hingga saat ni saya masih tinggal bersama suami.
File Upload:
Salam

Apabila suami menyebut 'kamu keluar dari rumah ini' maka makna dan pengertiannya hendaklah dirujuk kepada suami. Hanya suami yang mengerti maksud diucapkan sebegitu. Jika dia hanya suruh keluar dari rumah, mak terimalah itu keluar sahaja tanpa cerai. tetapi jika ia dimaksudkan cerai, maka akan terjadilah cerai (talak).

Perkara ini saya nasihatkan ibu bertanyakan daripada suami apa maksud ucapan suami..

tk

Visitor IP: 203.106.159.159

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA