Soalan: Mohon pandangan ustaz
Nama*: | Fina |
Tajuk*: | Mohon pandangan ustaz |
Message*: | Salam ustaz..saya nak tanya...
Mak mertua saya nak tukar nama tanah arwah ayahnya kpd namanya...pindah milik...
Jadi mak ke pejabat tanah untuk bicara...
Syarat nya perlukan 2 orang saksi yg bukan dari ahli keluarga..
Masa tu mak mertua hanya bawa seorang saksi sahaja...saksi tu kawan anaknya iaitu suami saya punya kawan..
Jadi suami saya minta saya jadi saksi dengan menyuruh saya menipu dgn mengatakan saya ni adik ipar kpd kawannya...
Semasa dlm bilik bicara, ada angkat sumpah dgn berkata benar..
Persoalan saya :
1. Apa hukum suami suruh saya berkata yg saya adik ipar kawannya..
Boleh kira jatuh talak ke / dikira sbg talak kinayah ke?
2. Apa hukum saya menipu sbg saksi yg bukan dari ahli keluarga?
Berdosa ke sbb saya dah baca ikrar bersumpah...:( sebab suami dan mak mertua saya paksa saya sbb masa tu tak ada saksi lain... |
File Upload: | |
Salam
1. Ia tidaklah menjatuhkan talak denagn sebab penipuan ini..
2. Hukum menipu dalam kes ini tetap berdosa dan haram hukumnya. Sewajarnya kes ini ditangguhkan dahulu sehinggalah dibawakan saksi yang sah untuk tujuan perekodan dan pemilikan harta..
tk
Visitor IP: 113.210.182.154
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.