Friday, February 12, 2016

Soalan: Hati ragu ragu..

Nama*:Ila
Tajuk*:Hati ragu ragu..
Message*:Assalamualaikum ustaz.. Sy dan suami pernah bercerai talak satu ((dh rujuk semula)). Beberapa bulan lepastu, kami ade gaduh besar dlm dua situasi berbeza. First dirumah lama kami. Kedua dirumah mak mertua sy. Masa tu sy ade macam terdengar suami melafazkan seakan akan kata cerai pada sy. Sy rasa mcm yakin suami dh ceraikan sy, tp sy sendiri tak konfiden sebab ingatan sy tak jelas/sy takde bukti ingatan yg kukuh utk ingt kembali apa yg suami pernah cakap pada sy dulu.

Berbulan2 sy ade tanya mendesak suami untk berlaku jujur dlm keadaan sebenar, sbb sy takut telah berlaku penceraian tanpa sy sedari. Dan berbulan2 jugak suami menafikan, dia mengaku yg dia mmg ade cakap pasal cerai mse kami bergaduh, tp tidaklah smpai betul2 terlafaz cerai. Suami ade bgitau sepatah2 ape yg dia kata dkt sy pada dua kejadian tu. Suami siap bersumpah dgn nama Allah, yg dia tidak menipu & putar belit ayat even memanipulasikan ayat sekalipun. Kalau perlu sggup menjunjung quran utk meyakinkan sy yg die tk pernah terlepas cakap/tersalah cakap/putar belit ayat pasal cerai. Suami mendakwa sy dah salah faham, sbb sy hanya ambik ayat yg cerai je tanpa mendengar sepenuhnya ayat dia.

Kadangkala, suami sy menangis sbb sedih sy tak percaya dkt dia. Sy bkn nak bercerai, cuma sy takut terlepas pandang. Sy taknak pisang berbuah 2kali. Sepanjang kawin, suami tkpernah menipu sy. Even bende remeh temeh pun tkde rahsia antara kami. Tanggungjawab dia jalankan dgn baik
Cuma lps kami pernah bercerai dulu, sy menyesal.. Sy menjadi lebih berhati2, ragu ragu, adakalanya syakwasangka menguasai diri.

Macam mana ye ustaz? Adakah sy patut mengikut rasa perasaan sy ini yg sy sendiri tak pasti & ragu ragu, ataupun sy mengiyakan saja kenyataan suami sy? Sy nak yakin yg suami sy dah ceraikan sy.. Tp sy takde bukti ingatan yg jelas & sahih.. Dlm pd masa yg sme sy taknak percaye, takut tak berlaku pun cerai.. Sy was was.. Kdg2 ade suara hati berbisik supaya sy tak payah percaya dgn setiap patah ayat & kelakuan suami sy.. Sy berbelah bagi...
Sy takut suami sy tipu sy ((walaupun dia tak pernah tipu sepanjang kawin)) kerana dia terlalu sygkan rumah tangga kami..
File Upload:
Salam

Puan, jika suami sudah mengaku tidak pernah melafazkan cerai, terimalah pengakuan itu. KEnapa pula nak desak suami supaya mengaku benda yang dia tak buat. PErcayalah pengakuan suami itu.

Ia akan lebih harmoni dan damai daripada puan mendesak dan terus mendesak..
Suami jadi rimas. Akhirnya daripada tak cerai terjadi pula cerai...

Pandai-pandailah nak jaga suami tu.. kasihan kat dia.. hehe

Visitor IP: 115.164.216.197

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA