Saturday, December 31, 2016

Soalan: JATUH KE TALAK KPD ISTERI SAYA

Nama*:MD ZURAYDI IBRAHIM
Tajuk*:JATUH KE TALAK KPD ISTERI SAYA
Message*:SAYA DAN ISTERI TELAH BERSELISIH FAHAM..DAN ISTERI TELAH BALIK KAMPUNG ATAS KEBENARAN SAYA..SETELAH 2 MINGGU ISTERI TELAH MENDESAK CERAI DARI SAYA..DALAM KEADAAN RISAU DAN TERTEKAN SAYA TELAH PUJUK ISTERI BALIK TETAPI ISTERI TELAH MENGHANTAR MESEJ (SAYA BOLEH BALIK RUMAH TETAPI DENGAN SYARAT JGN SENTUH DAN BERSETUBUH DGN DIA ,SELANG 3 HARI ISTERI TELAH BALIK RUMAH DAN KAMI TELAH BERSETUBUH TANPA SAYA DAN ISTERI TELAH TERLUPA DENGAN MEJEJ TERSEBUT...ADAKAH TELAH JATUH TALAK TERHADAP ISTERI SAYA..SAYA PADA MASA ITU TELAH BERSETUJU DGN SYARAT TERSEBUT KERANA TIADA NIAT LANGSUNG DAN SEKADAR HANYA UTK MENYURUH ISTRI BALIK KE RUMAH..MOHON USTAZ BERI PANDANGAN T.KASIH
File Upload:
Salam

Dalam kes ini, tidak disebut ttg cerai atau talak, so tidaklah terjadinya sebarang talak.

Isteri yang tetapkan syarat, bukannya suami.. suami boleh bantah syarat berkenaan kerana suami punyai haknya tersendiri.

tk

Visitor IP: 211.25.227.242

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, December 28, 2016

Soalan: Mohon pencerahan

Nama*:Hamba Allah
Tajuk*:Mohon pencerahan
Message*:Assalamualaikum ustaz..

Soalan saya, jatuh atau tidak talak dengan perbuatan mengerak-gerakkan lidah ke kiri dan ke kanan dengan niat dalam hati menceraikan kan isteri dalam keadaan mulut tertutup rapat dan TIDAK ADA lafaz yang keluar daripada mulut. Adakah perbuatan gerakkan lidah ke kiri dan ke kanan dlm keadaan mulut tertutup dan tidak ada lafaz tersebut boleh menjadi sebab musabab untuk talak jatuh ustaz?
File Upload:
Salam

Tidak terjadinya talak, sehinggalah dilafazkan dengan jelas. Kecualilah orang bisu, pergerakan isyaratnya diperakukan.

tk

Visitor IP: 175.141.30.34

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, December 27, 2016

Soalan: was2 mandi junub

Nama*:alif
Tajuk*:was2 mandi junub
Message*:assalamualaikum ustaz,apa hukum:

1.ketika nak habis mandi wajib saya berasa was2 sama ada bahagian tapak kaki saya kena air atau tidak.habis mandi saya ambil wuduk untuk meyakinkan saya.apa hukumnya ustaz,sahkah mandi wajib saya.
File Upload:
Salam

Sah..

Kalau dah mandi, tak kan kaki tak basah.. air turun ke bawah atau air naik ke atas.. he he

Visitor IP: 168.235.196.42

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: was2

Nama*:amin
Tajuk*:was2
Message*:assalamualaikum ustaz,apa hukum:

1.mandi wajib tapi membasuh muka ketika mengambil wudhu selepas mandi wajib.sahka ustaz?
File Upload:
Salam

Maaf soalan tidak jelas...

Visitor IP: 168.235.196.42

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Kemusykilan

Nama*:Ariffin bin mokhtar
Tajuk*:Kemusykilan
Message*:Saya ada kemusyikilan tentang status berhadas.

Selepas sy bgun tidur, sye check kmluan mulanya mmg tidak ada basah ap2 dan kmudian sye terperasan seakan kerak dlm lubang kmluan.kemudian dalam beberapa minit tu nmpak cairan dlm setitik dua keluar ditepi kmluan itu bercirikan lekit dan bertali tipis,takde warna,dan tidak berbau. Namun sy buat kptusan itu adalah mazi..betulkan ustaz? Manakala yg mcm kerak pda dlm lubang kmluan itu adakah itu dari mazi? Jika mani,mestilah ada rasa keluarnya dan nmpk jelas serta nampak basah yg bnyk.

Sy pun tidak tahu dan tidak dapat pastikan air apa yang keluar kerana tidak ada berlaku sebarang rangsangan. Tidak ada bau, tidak berasa puas,dan tidak ada rasa memncut seperti mani keluar. Dan ia sudah jadi semcm kerak nmpk pda dlm lubng kmluan.

Sy sedar selepas bangun tidur. Dan sy telah bersihkan sje dan bersolat. Namun sy was-was. Sah kah solat sy? Perlukah sy mandi wajib?

Sy betul-betul tak tau apakah kerak dlm lubng kmluan itu. Sye syak mgkin mazi yg kering pda dlm lubang kmluan itu.Separuh dari hati sy seperti ingin mengabaikan saja sebab sy xdpt pastikan itu air mazi atau air mani.

Tapi terasa macam tak sedap pula sebab tiba-tiba mcm ada kerak kecil. Dan di dlm lubng kemaluan sy pun semcm ada kerak. Dan sy pun tak pasti itu kulit kering, kerak cairan atau apa sebab sy terus basuh.

Perlukah sye abaikan dan terus bersolat? Tolong sy ustaz
File Upload:
Salam

Jika tidak bermimpi bersenggama, tiada kemuncak, maka tiadalah mani.

Itu air mazi, memadai dengan basuhan sahaja seperti air kencing.

tk.

Visitor IP: 107.167.112.74

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, December 26, 2016

Soalan: tertalak ka?

Nama*:husien
Tajuk*:tertalak ka?
Message*:Salam ustaz..saya ingin bertanya ada kah jatuh talak bila istri berleter pasal baju dalam almari berkecah dan suami menjawab maklum la bujang dulu bujang
File Upload:
Salam

Tidaklah terjadinya talak..

tk

Visitor IP: 103.1.71.39

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: was-was lafaz talak

Nama*:nadia
Tajuk*:was-was lafaz talak
Message*:salam ustaz ,

Ketika bergaduh saya selalu minta diceraikan.
Satu hari selepas bergaduh suami ada lafazkan " kau minta lagi automatik jatuh".
Pada hari tu,saya tidak lagi minta cerai.
Saya bertanya suami apa yg dia maksudkan dgn lafaz itu.
Katanya sebagai ugutan/amaran utk hari tu sahaja tanpa ada niat utk bercerai.
Cuma beberapa hari selepas kejadian, saya ada minta untuk dilepaskan.
Adakah lafaz itu ladaz taklik? Adakah talak jatuh??
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

susulan jawapan ustaz,
maaf ustaz,
mohon penjelasan kerana saya ada terbaca jawapan ustaz kepada siti.

" tidak jatuh taklik masa lain kerana niat suami pada masa itu sahaja"

situasi saya,suami melafazkan amaran tanpa niat bercerai dan hanya amaran untuk hari pergaduhan itu sahaja bukan masa lain.

masih jatuh juga ya ustaz?
File Upload:
Ok, tidak terjadinya talak. tk

Visitor IP: 58.26.186.2

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: jatuh cerai?

Nama*:sue
Tajuk*:jatuh cerai?
Message*:Assalamualaikum ustaz,

saya nak tanya,sy dan suami ada bertengkar kemudian suami ada mengatakan kalau sy keluar dari rumah walau setapak dia ceraikan sy..mlm nye suami dtg dan ckp dia tarik balik lafaz cerai..cuma kalau nak berpanjang dengan suami jgn keluar rumah

soalan saya, adakah lafaz cerai itu sah? kerana esoknya saya keluar keje mcm biasa..
File Upload:
salam

Lafaz taklik biasanya tidak boleh ditarik balik..

Tapi kalau dah macam tu, tak kan Islam nak menyusahkan manusia...

Kena rujuk dengan pakar yang lain..

tk

Visitor IP: 60.51.76.139

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, December 25, 2016

Soalan: jatuh talak ka?

Nama*:salleh
Tajuk*:jatuh talak ka?
Message*:Saya ingin bertanya jatuh ka talak bila suami berkata "ni baru pindah bilik dah lupa arah kiblat..kalau pindah rumah terus lupa..abang kawin lain..
Jatuh ka talak bila sebut "abang kawin lain"
File Upload:
Salam

Tidaklah jatuh talak..

Elok jga bagi abang kawin lain.. he he..

Visitor IP: 103.1.71.171

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Taklik

Nama*:Siti
Tajuk*:Taklik
Message*:Salam ustaz,

Situasi :
Saya minta izin utk keluar berjalan selepas membeli barang di kedai A.suami melarang dan menyuruh saya balik ke rumah terus tapi saya berkeras bagitahu suami utk pergi juga berjalan2.Suami ada melafazkan " kau pergi mana-mana,jatuh talak"


Selepas itu saya terus ke rumah dan tidak kemana-mana lagi. Selepas tu,saya bertanya suami apa maksud ayat dia.bagaimana kalau saya ke tempat kerja.

Suami menerangkan maksud dia pergi kemana- mana tu merayap/berjalan tak tentu hala selepas membeli barang dan tidak pulang ke rumah terus. sebagai larangan merayal tak tentu hala bukan pergi kerja.dan utk hari itu sahaja.

Esoknya saya keluar ke tempat kerja seperti biasa dgn izin suami.

Adakah talak jatuh.
File Upload:
Salam

Tidaklah terjadinya taklik selepas masa berkenaan.

Niat suami hanya pada waktu berkenaan shj..

Lain kali, dengar permintaan suami.. usah degil, tak baik..

tk

Visitor IP: 203.82.80.172

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Saturday, December 24, 2016

Soalan: perasaan gangguan

Nama*:Muhd izzuedin
Tajuk*:perasaan gangguan
Message*:Assalam..tuan ustaz..sye nak tanya jika selepas mandi hadas tiba2 ada perasaan kata mandi tidak sah,niat mandi tidak sempurna..adakah patut kita layan atau abaikan sje? Sye memang hidap gangguan was2 yang teruk dalam mandi hadas..cara yang saya lakukan niat masa permulaan mandi dan semasa hendak memulakan gosok seluruh tubuh,saya lafas niat mandi tadi tu dimulut ulang2 sehingga selesai mandi untuk saya lawankan bisikn yang mnganggu saya semasa laksanakan mandi hadas..adakah sah cara saya itu atau apa jua cara pun asalkn niat mmg ada dan air rata itu sudah memang dikira sah? Dan perasaan yang gnggu kata mandi tidak sah,air tidak rata itu semua adakah perlu ditolak sama sekali dan tidak perlu sama sekali dilayan? Adakah teruskan saja bersolat?
File Upload:
Salam

Usah layan gangguan seperti itu. Abaikan segera.

Yang penting ada niat dan terus mandi sampai ratakan air ke seluruh tubuh. Dan yakinlah ia telah sah..



Visitor IP: 107.167.113.32

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Was-was lafaz talak

Nama*:Nadia
Tajuk*:Was-was lafaz talak
Message*:Ketika bergaduh saya selalu minta diceraikan.
Satu hari selepas bergaduh suami ada lafazkan " kau minta lagi automatik jatuh".
Pada hari tu,saya tidak lagi minta cerai.
Saya bertanya suami apa yg dia maksudkan dgn lafaz itu.
Katanya sebagai ugutan/amaran utk hari tu sahaja tanpa ada niat utk bercerai.
Cuma beberapa hari selepas kejadian, saya ada minta untuk dilepaskan.
Adakah lafaz itu ladaz taklik? Adakah talak jatuh??
File Upload:
Salam

Puan, kenapa sebagai isteri sebegitu mudah nak minta cerai.. Suami pun tak patut sebut cerai. Biarlah bergaduh bagaimana sekalipun, usah disebutkan cerai..

Dalam kes ini, suami telah membuat taklik, kalau kau minta lagi automatik jatuh..

So, bila sahaja isteri telah minta dan takliknya telah ada, maka terjadilah talak taklik dalam kes ini.

tk

Visitor IP: 123.136.106.161

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: najis lembap

Nama*:rahman
Tajuk*:najis lembap
Message*:Assalamualikum ustaz,Apa hukum :

1.air kencing sedikit terkena sapu tangan lalu kena kain yang kering.adakah najis kain kering tersebut walaupun tak kelihatan najisnya.

2.Air kencing sedikit jatuh ke dalam kolah kurang dari dua kolah.
File Upload:
Salam

1. memadai dengan merinjiskan atau memercikkan air ke kain berkenaan. Ia janis yg dimaafkan

2. Jika sedikit terperecik ke dalam kolah, ia dimaafkan. Adalah lebih baik jika ditambahkan air ke dalam kolam berkenaan sebagai cara untuk mensucikan air berkenaan.

tk

Visitor IP: 123.136.106.220

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Thursday, December 22, 2016

Soalan: tersalah cakap

Nama*:amin
Tajuk*:tersalah cakap
Message*:asslamualikum ustaz, apa hukum tersalah cakap perkataan kufur sedangkan hatinya ingin berkata perkataan sebaliknya
File Upload:
Salam
Segera kembali bertaubat. Allah yang maha mengetahui.

tk

Visitor IP: 123.136.107.29

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Cerai

Nama*:Aminah
Tajuk*:Cerai
Message*:Jatuh ke talak jika suami cakap I will leave you??
File Upload:
Salam

Jika suami berniat untuk cerai, akan terjatuhlah talak. Jika tiada niat, tidak terjadinya talak.

tk

Visitor IP: 60.49.46.37

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, December 21, 2016

Soalan: lafaz taklik

Nama*:khairul
Tajuk*:lafaz taklik
Message*:assalam ustaz..

Disni saya ingin mendapatkan kepastian dari ustaz..saya merupakan bekas penagih dadah jenis syabu..telah berkawin lebih 8 tahun.selama tempoh perkahwinan sy telah byk kali berjanji dengan isteri untuk berubah tapi hanya seketika ja ustaz.disebabkan dadah juga telah 2kali jatuh talak pada isteri dan rujuk kembali selepas dipujuk. tapi pada akhir bulan 3 tahun ini sy sekali lg terjebak dan kali ini isteri sy mmg keraskan ati xnak lg pada sy. sy berubah lagi dan kembali memujuk isteri tp kali ini atinya cukup keras.ustaz isteri memaksa sy lafaz taklik sekiranya sy terjebak lagi jatuh talak untuknya.dia memberi sy pilihan andai sy tidak melafazkan dia akan ke mahkamah untuk tuntut cerai/fasakh.sy dengan hati yang terpaksa kerana terlalu sayang isteri telah melafazkn taklik.tetapi ustaz sy mmg terpaksa kerana sy xnak hilang isteri sy. Untuk pengetahuan ustaz sejak dr itu sy nekad berhenti sy belajar agama,isteri bw sy belajar alquran dan ati sy betol2 ingin berubah demi anak2 tp nafsu lebih menguasai sy telah terambil sekali ms balik kg tanpa isteri pada bulan 11..ustaz adakah telah jatuh talak tersebut.sy terpaksa melafazkannya..tlg sy ustaz sy xpenah menginginkn bnda ini terjadi.byk kali sy da ckp pada isteri sy xmmpu melafazkannya tp dia beri sy pilihan ustaz.bantu sya
File Upload:
Salam

Jika benar anda bertaklik atas desakan dan terpaksa, maka taklik itu tidak sah. Tetapi janganlah pula dijadikan alasan untuk anda terus terlibat dengan syabu.

Utamakan agama dan utamakan keluarga.

tk


Visitor IP: 202.129.173.2

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Adakah jatuh talak?

Nama*:Nurnilam Sari
Tajuk*:Adakah jatuh talak?
Message*:Assalamualaikum ustaz. Sy telah bertengkar dgn suami ketika hamil 8 bulan dan mtk suami lepaskan sy. Disebabkan ketika sy hamil kami susah untuk memahami antara satu sama lain. Suami pun telah balas mesej sy. Ayat suami ada pada gambar yg telab sy attach. Adakah jatuh talak pada sy?
File Upload:Screenshot_2016-12-21-22-04-56.png


Salam

Ia tidak menjatuhkan talak. Suami seorang yang bijak dan tahu tanggungjawabnya.

Binalah kembali kebahgiaan dlm keluarga anda.

tk

Visitor IP: 60.50.17.58

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, December 20, 2016

Soalan: jatuh talak atau tidak

Nama*:proton waja
Tajuk*:jatuh talak atau tidak
Message*:Slm ybhg ustaz...
Saya dan suami telah berkahwin selama 39 tahun. Kadang2 berlaku pertengkaran dan suami akan keluar dari rumah. Dan dia sering membuat ungkapan seperti Aku takkan sentuh kau lagi...
Mohon pencerahan ustaz:
1.Adakah jatuh talak ke atas saya?
2.Hal ini bukanlah pertama kali dan jika jatuh talak apakah status kami selama ini.

Tq ustaz
File Upload:
Salam

Tidak jatuh talak jika suami tidak berniat untuk ceraikan isterinya.

tk

Visitor IP: 115.164.53.50

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: saya ada bertenkar dgn isteri saya dia marah saya solah tahjud dalam keadaan menangis

Nama*:jusoh Ali
Tajuk*:saya ada bertenkar dgn isteri saya dia marah saya solah tahjud dalam keadaan menangis
Message*:masa bertenkar saya ada lafaf talak tiga dalam keadaan marah tampa ada saksi. ada kah jatoh talak berapa dgn lafaf itu.
File Upload:
Salam

Jika benar suami melafazkan talak tiga, walaupun dalam keadaan marah, ia telah menjatuhkan talak.

Jika benar disebut talak TIGA, maka akan terjadilah talak TIGA.

SIla dapatkan kepastian drp Pejabat Agama.

tk

Visitor IP: 183.171.166.214

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, December 19, 2016

Soalan: murtad tanpa sengaja

Nama*:ahmad
Tajuk*:murtad tanpa sengaja
Message*:1.Apa yang perlu dibuat oleh seseoruang jika dia tercakap perkataan kufur tanpa sengaja.
File Upload:
Salam

Segeralah beristighfar dan kembali mengucap dan bertaubatlah..

Kesilapan itu moga Allah ampunkan..

tk

Visitor IP: 168.235.197.71

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, December 18, 2016

Soalan: Keliru

Nama*:Muhd firdaus yusof
Tajuk*:Keliru
Message*:Assalam tuan,
Saya nak bertanya jika saya bermimpi sexual atau pun jimak..dan selepas itu saya terus terjaga dari tidur lalu saya lihat pada mulanya memang tidak ada basah apa2 pada kemaluan,tetapi beberapa minit kemudian saya perasan ada cairan yang tidak ada warna,bertali melekit tipis,kuantiti sederhana dan ia sekitar dibibir kemaluan ia leleh..tapi sye tidak ada rasa kemuncak seperti rasa nikmat terpancut..adakah itu MAZI atau MANI?? bagaimana solat yang dah saya laksanakan?
File Upload:
Salam

Ia adalah air mazi. Memadai dengan basuhan sekali basuh.. dan berwuduk utk solat dll..

tk

Visitor IP: 107.167.108.63

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: was-was dan lintasan hati

Nama*:hamba allah
Tajuk*:was-was dan lintasan hati
Message*:salam.. ustaz penceritaan sy mungkin agak panjang tp sy mohon ustaz dapat jelas kan
1. saya mempunyai penyakit was-was yg terlalu menganggu kehidupan sy. selain itu, sy juga mempunyai sikap suka bercerita kepada diri sendiri bg mendapatkan keyakinan dan suka berkata berulang2 bg meyakinkan sy. pd 1 hari sy menonton tv bersama isteri sy dan ketika itu ad perkataan ce*** tp sy cuma lafaz kalo cerita melayu sumenye ce*** sana ce*** sini.. pd ketika itu lintasan hati berkata yg saya telah ucap kan aku ce*** tp sy cube kuat kan ati sy dan sy teringt pekataan semasa kursus kawin ustaz ckp kalo nak lafaz mesti la ak ce*** si polan.. selepas sy solat maghrib tiba-tiba lintasan hati tu dtg pada saya dan sy cube yakin kan diri sy yg tu bukan lafaz dlm ms yang same sy menerangkan pada diri sy kalo lafaz mest la "ak ce*** k** ketika ini saya berseorangan tanpa ada sapa.. tujuan sy hanya untuk menerang n meyakinkan hati sy.. adakah talak dikira jatuh seandainya terlafaz ? sy tak pasti samaada lafaz penuh atau tidak dlm ms yg sama lintasan trs mengingatkan isteri sy.

2. setelah semgg lintasan itu dtg blk dan kali ini memang sy lafaz dengan kuat tetapi ayat nya tidak lengkap cuma sy lafaz " lafaz ak ta***an tetapi tidak ad kata ganti nama untk ditujukan disitu cume bile sy tersedar terlafaz mcm tu sy trs beralih lafaz itu dengan "Ak ta***an bisa menjadi lebih dr ap yg ter daya.. ( bisa menjadi lebih dr ..... yg ni lagu ustaz.. tujuan sy bg mengelakkan untuk mengingat lintasan tersebut.. adakah jatuh ustaz dengan cr mcm tu sume lafaz tu sy berseorangan.. bantu la sy ustaz.. sy sedikit pun tak de niat keatas isteri sy..
File Upload:
Salam

Lafaz cerai hendaklah jelas dan terang sebutannya dan ditujukan kepada isteri, baharulah terjadinya talak. Jika ia lintasan dan gangguan seperti ini, tidaklah terjadinya talak.

Sdr kenalah berubah dan berubat utk elakkan gangguan was was... Banyakkan taubat dan istighfar..

Banyakkan belajar ilmu agama utk dapatkan keyakinan.. Yakin datang dengan ilmu..

tk

Visitor IP: 123.136.106.222

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Saturday, December 17, 2016

Soalan: Mandi wajib

Nama*:Suzie
Tajuk*:Mandi wajib
Message*:assalammualaikum..
Saya nak tanya satu soalan bolehkan ustaz...Macam ni, saya mandi biasa dahulu seperti shampoo rambut, sabun badan...gosok gigi dan cuci muka SEBELUM mandi WAJIB...
Kemudian, setelah selesai mandi biasa, saya terus memulakan mandi wajib seperti biasa..
Soalan saya , selepas selesai mandi dan pakai baju, saya dapati di celah kuku jari tangan saya terdapat seperti tompokan sisa sabun dimana bila saya kikis, akan keluar benda warna putih,,semasa mandi wajib tadi tak nampak pula, bila badan dah kering baru nampak..
Adakah sisa sabun tersebut boleh menghalang air daripada sampai ke kuku?
Adakah Mandi Wajib saya SAH?
terima kasih...
File Upload:
Salam

Mandi wajib berkenaan adalah sah.
Mandi wajib tidaklah perlu diasingkan antara mandi biasa dan mandi wajib
CUma perlu niat pada awal mandi, niat mandi wajib.. setelah itu ratakan air ke seluruh tubuh maka sahlah mandi wajib. Mudah...

Nak sabun dan sampu pun tak ada masalah...

tk

Visitor IP: 113.210.69.128

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Friday, December 16, 2016

Soalan: Mohon Kepastian

Nama*:ANI
Tajuk*:Mohon Kepastian
Message*:Salam ustaz,sya telah bergaduh dgn suami, dalam keadaan marah suami ada berkata pd sya "SEKRANG KAU NK APE,KAU NK CERAI KE?"tp sya diam shaja.Adakah jatuh talak ke atas saya?
File Upload:
Salam

Tidak jatuh talak.. SUami hanya bertanya dan membentak.. tetapi dia tidak melafazkan cerai..

Usah gaduh lagi selepas ni..

tk

Visitor IP: 1.9.102.14

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: TALAK 3

Nama*:imon
Tajuk*:TALAK 3
Message*:assalamualaikum,
waktu itu saya bangunin suami untuk solat subuh tetapi dia masih tidak bangun berkali2 saya bangunin tapi masih tidak bangun, terus saya marah-marah terus dia bangun buka lampu ingin mukul saya tetapi saya melawan, terus dia langsung lafaskan saya talak kamu 3, terus dia langsung diam,
diam minta maaf dia bilang apa yang dia ucapkan tidak sadar, apa itu sah saya sudah di ceraikan?
File Upload:
Salam

Jika benar suami puan ketika itu tidak sedar, masih dalam igauan tidur, ia tidaklah jatuh talak. Tetapi jika suami telah sedar dan dia sengaja mengakui tidak sedar, maka ia telah jatuh talak tiga.

Ibu kena pastikan hal ini daripada suami. Namun jika suami mengakui dia tidak sedar ketika itu, maka ibu terimalah kenyataannya dan terimalah pengakuannya, terima kasih.

tk

Visitor IP: 121.121.26.157

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Mandi wajib

Nama*:Ila
Tajuk*:Mandi wajib
Message*:Assalammualaikum ustaz..

Saya mandi wajib guna shower...saya on shower dan bila air kena pada badan, saya pun terus niat mandi wajib dlm hati serta meratakan air keseluruh badan...sedang mandi wajib, di dalam hati saya, saya akan berkata ok ratakan air, slow, tenang dan saya bernyanyi lagu ...
Semua tu berlaku didalam hati ( berkata di dlm hati)..

Apa hukumnya ustaz, sbb diawal mandi saya dah niat...tapi di pertengahan mandi, saya nyanyi2 cakap2 dlm hati.

Sah ke mandi wajib saya ustaz?
Perlu ke ulang mandi wajib?
File Upload:
Salam

Mandi wajib sah asalkan sahaja ada niat dan air diratakan ke seluruh tubuh.. Nak nyanyi ke, nak dangdut ke.. itu tak ada hal.. cuma kurang elok nyanyi dalam bilik air, nanti dapat suami tua.. heheh..

tk

Visitor IP: 113.210.48.79

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Saturday, December 3, 2016

Soalan: Dayuskah saya Ustaz?


Nama*:Anonymous
Tajuk*:Dayuskah saya Ustaz?
Message*:As salam Ustaz. Diharap Ustaz dapat membantu saya dan memberikan pencerahan berkaitan persoalan saya berikut:

Rumah tangga saya kini baru berusia hampir 4 tahun. Telah mempunyai anak yang kini baru berusia 2 Tahun 6 bulan. Pergolakan rumah tangga saya kini telah berlarutan selama hampir 6 bulan. Permulaan pergolakan rumah tangga saya bermula pada bulan Jun 16 dan diikuti isteri telah keluar daripada rumah kelamin kami pada penghujung bulan Ogos 16 yang lalu. Kini hampir 3 bulan isteri bersama anak tidak tinggal bersama saya. Berikut merupakan kronologi masalah rumah tangga kami Ustaz.

Kronologi:

Jun 16.

Tuduhan Isteri No. 1: Suami mempersoalkan cara pengurusan kewangan isteri dan tidak adil dimana suami lebih mengutamakan keluarga sendiri dari isteri dan anak. Suami tidak percaya dengan pengurusan kewangan yang diatur oleh isteri.

J1. Cara Pengurusan Kewangan Keluarga Oleh Isteri. Saya menafikan tuduhan isteri. Sepanjang tempoh perkahwinan 3 tahun setengah saya dan isteri berkahwin, saya dan isteri telah berbincang berkaitan isu mengizinkan isteri bekerja. Saya telah bersetuju dan mengizinkan isteri bekerja disebabkan kos sara hidup semakin meningkat dan perbelanjaan harian semakin melonjak tinggi dari hari ke hari lebih-lebih lagi apabila kami bermastatutin di Kuala Lumpur. Rentetan itu, niat saya mengizinkan isteri bekerja adalah demi untuk meringankan beban yang ditanggung oleh saya. Dan isteri saya juga memahami dan bersetuju dengan kebenaran yang saya berikan kepada isteri. Justeru bagi memudahkan urusan pengurusan kewangan keluarga, saya mengambil keputusan untuk menyerahkan semua wang gaji saya setiap bulan kepada isteri dan digabungkan bersama wang gaji isteri bagi mengurus perbelanjaan rumahtangga kami. Isteri bersetuju disebabkan bayaran kesemua bil-bil utiliti, ansuran rumah, kereta, kad kredit dan pinjaman peribadi suami dan isteri serta duit belanja kepda ibu bapa suami dan isteri secara bulanan digabungkan pada setiap bulan. Ini disebabkan kekangan saya yang bertugas sebagai Kuantan sejak 28 September 2014 hingga 18 September 2016. Kekangan saya yabg hanya balik ke rumah kami pada setiap hujung minggu (sebab bertugas) menyebabkan saya meminta isteri menguruskan hal-hal pengurusan kewangan.

Walau bagaimanapun, isteri yang telah menuduh saya tidak mempercayai isteri dalam aspek pengurusan kewangan keluarga apabila terjadi suatu isu melibatkan hal kos kerosakan kereta kami pada 21 Jun 16 iaitu pada bulan Ramadhan tahun 2016. Isteri mengalami masalah kerosakan kereta pada malam tersebut yang mana disyaki kerosakan pada bateri kereta. Saya hanya dimaklumkan oleh isteri pada waktu tersebut yang isteri baru selesai majlis berbuka puasa bersama kawan-kawan sekerja dan isteri pada sebelum kejadian tersebut tidak memaklumkan akan majlis tersebut. Justeru setelah masalah kerosakan kereta yang dihadapi oleh isteri, saya yang pada ketika itu berada di Kuantan telah beberapa kali berhubung dengan isteri untuk membantu namun isteri enggan dan memaklumkan yang perkara tersebt boleh diatasi oleh isteri saya sendiri. Saya pada waktu tersebut risau akan keselamatan isteri telah berhubung dengan emak saya dan kakak sulung saya untuk mendapatkan bantuan namun terdapat kekangan pada waktu tersebut yang mana adik saya yang tinggal bersama emak saya masih belum pulang dan bila dihubungi adik saya tesebut masih ditempat kerja. Kakak sulung saya pula mempunyai tanggungjawab dan komitmen terhadap anak-anaknya yang mana suaminya berada di Indonesia pada waktu tersebut. Justeru saya pula mempunyai tugas yang tidak dapat saya elakkan pada waktu tersebut dan hanya dapat pulang keesokan harinya. Isteri pada waktu tersebut mulai tertekan tetapi masih enggan untuk dibantu. Justeru saya mempercayai isteri tetapi pada masa yang sama risau terhadap isteri. Isteri kemudian memaklumkan Polis dan tow truck telah berjaya dihubungi serta kemudian kereta tersebut telah dibawa ke Pusat Servis Proton di Pandan Jaya. Untuk makluman kereta tersebut berdaftar atas nama saya, telah digunakan sebagai pengangkutan utama keluarga kami disebabkan kekangan kewangan keluarga kami yang tidak mengizinkan untuk mendapatkan kereta kedua. Keesokan harinya isteri bersama kawan (tidak diketahui siapa disebabkan isteri tidak memaklumkan siapa) telah meminta kawannya menemani untuk isteri ke Pusat Servis Kenderaan Proton dan dimaklumkan bahawa kerosakan bukan berpunca daripada bateri kereta. Ia berpunca daripada kerosakan fius utama kereta yang mana kemungkinan sewaktu kerosakan terjadi berlakunya proses menghidupkan kereta secara jumper. Perkara ini telah menyebabkan fius utama kereta terbakar dan menyebabkan kereta kami mengamai masalah. Isteriyang tidak berpuas hati dengan penerangan Pengurus Pusat Servis telah memarahi Pengurus tersebut dan mengatakan kerosakan berpunca daripada kerosakan bateri kereta. Namun setelah berjaya dibuktikan bateri kereta tidak menghadapi masalah dan kenderaan boleh dihidupkan semula, isteri masih tidak berpuas hati dan akhirnya isteri terus memandu pulang kenderaan tersebut. Untuk makluman sehingga hari ini berikutan kejadian tersebut Pengurus Servis Kenderaan Proton tersebut masih ingat akan kejadian isteri memarahi dia dan tempat servis kenderaan tersebut.

Justeru pada 23 Jun 16 iaitu minggu ketiga dalam bulan Ramadhan dan menghampiri dengan Hari Raya Aidilfitri, saya telah mengeluarkan dividen simpanan yuran Koperasi berjumlah RM2,000.00. Dividen ini kemudian saya maklumkan kepada isteri sebanyak RM1,500.00 saya beri pada isteri dan RM500 saya beri pada emak saya. Tujuan saya berbuat begini adalah bagi persiapan isteri dan anak serta emak saya untuk menyambut hari Raya Aidilfiitri yang bakal tiba. Selama tempoh 3 tahun setengah berkahwin inilah yang saya praktikkan. Isteri mempersoalkan tentang kenapa perlu memberi RM500 kepada emak saya sedangkan pada waktu tersebut kereta mengalami masalah pada bateri. Isteri pada waktu itu terus mempertikaikan saya akan terdapatnya keperluan untuk menukar bateri kereta tersebut walaupun saya telah membuat pengesahan dengan membawa sendiri kenderaan tersebut ke Pusat Servis Kenderaan tersebut untuk mendapatkan pengesahan. Bagi saya pada ketika itu tiadanya keperluan untuk menukar bateri kereta tersebut. Saya kemudian pula mempersoalkan tentang duit simpanan saya dan isteri tentang wang simpanan kami daripada wang lebihan bersih gaji setiap bulan yang telah disimpan berikutan desakan isteri agar saya menukar bateri kereta kami dengan menggunakan RM500.00 yang saya rancang untuk beri kepada emak saya. Isteri memaklumkan baki duit simpanan adalah berjumlah RM400.00 dan saya agak terkejut dengan perkara ini disebabkan mustahil baki duit simpanan kami tinggal sebanyak itu dan lagi-lagi Hari Raya Aidilfitri semakin hampir. Setelah ditanya barulah isteri memaklumkan bahawa berlaku over budget sebab beberapa bulan ini isteri banyak bungkus makanan diluar dan pada masa yang sama membantu adik lelaki isteri yang tinggal bersama kami dari segi makan dan pengangkutan ke tempat kerja. Lantaran daripada itu, berlaku perselisihan faham diantara saya dan isteri apabila saya bertanyakan lagi kepada isteri tentang wang simpanan kami daripada wang lebihan bersih setiap bulan yang telah disimpan. Saya telah memaklumkan kepada isteri untuk duduk berbincang bersama saya dan review semula perbelanjaan bulanan dan perkara ini telah disalah erti oleh isteri yang mana isteri berpendapat saya ingin/mahukan kesemua pembuktian resit perbelanjaan. Niat saya pada waktu itu adalah untuk berbincang dengan isteri tentang pengurusan kewangan dan memberi keutamaan kepada perbelanjaan berhemah dan berjimat cermat. Isteri yang berasa tercabar dan melenting telah serta merta tidak mahu mengurus lagi tentang mengurus bil-bil bulanan kami selepas kejadian tersebut. Justeru pada waktu tersebut isteri telah menuduh saya mengutamakan keluarga sendiri dan akhirnya pada waktu yang sama telah beberapa kali meminta cerai dan mengugut saya agar saya tidak kembali ke rumah. Isteri pada waktu itu sedang bekerja dan berada dalam keadaan emosi yang tidak stabil.

Tuduhan Isteri No. 2. Ketidakadilan suami yang mengutamakan keluarga sendiri dalam aspek kewangan. Isu yang ditimbulkan oleh isteri berkaitan saya melebihkan keluarga saya sendiri berkaitan aspek kewangan adalah disebabkan niat saya untuk memberikan sebahagian duit dividen Koperasi berjumlah RM500.00 kepada emak saya yang mana isteri tidak bersetuju dan mendesak saya menggunakan duit tersebut untuk menukar bateri kereta. (Untuk makluman sehingga hari ini bateri kereta tersebut masih boleh digunakan). Tujuan saya memberi sebahagian duit berjumlah RM500.00 tersebut adalah disebabkan tanggungjawab saya kepada emak saya dan lebih-lebih lagi dengan ketibaan Hari Raya Aidilfiri yang bakal tiba. Sungguhpun begitu, emak saya berkali-kali mengingatkan saya yang emak tidak pernah meminta atau menyuruh untuk saya memberi wang tersebut. Emak saya merupakan ibu tunggal dan suri rumah sepenuh masa dan perlu menyara 3 orang adik beradik yang ketiga-tiga adik beradik bawah saya masih belum berkahwin dan telah bekerja. Saya merupakan anak ketiga (3) daripada enam (6) adik beradik dan merupakan anak lelaki sulung. Memang tidak dinafikan saya telah bekeluarga dan tanggungjawab saya kepada emak saya tidak akan putus. Adalah menjadi keutamaan dan kewajipan utama dan isteri serta anak adalah menjadi keutamaan No. 1 saya namun apabila sesuatu perkara seperti emak memerlukan bantuan saya dan sebagainya sudah tentu saya perlu membantu emak. Walau bagaimanapun sepanjang saya bergelar suami kepada isteri dan ayah kepada anak saya, saya tidak pernah mengabaikan tanggungjawab saya selaku Ketua Keluarga (nafkah, kasih sayang, pengorbanan) bukan sahaja kepada keluarga saya sendiri malahan kepada kepada isteri dan anak saya sendiri. Berkaitan dengan nafkah, sepanjang berkahwin saya tidak pernah mengabaikan nafkah saya terhadap isteri dan anak serta wang saku emak saya. Malahan 10% (peratus) daripada gaji pokok saya dibuat potongan untuk isteri. Walau bagaimanapun, untuk pemberian wang saku kepada emak saya setiap bulan, sekiranya terdapat kekangan daripada segi kewangan dalam bulan-bulan tertentu barulah pemberian wang saku kepada emak saya dikurangkan dan saya akan maklum pada emak saya tentang kekangan saya. Untuk makluman emak saya sendiri tidak pernah meminta diberikan wang saku berbentuk kewangan dan ianya adalah atas kerelaan hati saya sendiri.

Tuduhan Isteri 3: Suami membuka aib isteri dan memukul isteri di depan keluarga suami. Si isteri datang ke rumah mak mertua dengan cara baik untuk mengambil anak kami yang dibawa oleh suami ke sana (rumah emak) selepas kami mengalami pergaduhan. Tetapi ditampar, dibuka aib dan dimalukan si isteri oleh suami dihadapan adik beradik dan emak mertua.

J. Tuduhan isteri terhadap saya adalah benar. Tindakan saya membawa anak tunggal kami ke rumah emak saya adalah disebabkan keadaan emosi isteri yang pada waktu tersebut adalah tidak stabil dan dalam keadaan marah. Setelah pergaduhan kami melalui mesej watsapp berhubung pertikaian pengurusan kewangan keluarga kami dan juga tuduhan isteri terhadap ketidakadilan saya yang melebihkan keluarga saya, saya pada awalnya memaklumkan kepada isteri untuk membawa anak tunggal kami ke rumah emak saya di tetapi isteri tidak membenarkan atas alasan saya cuba melarikan anak isteri dan menghalang isteri daripada berjumpa anak. Saya berkali-kali memaklumkan pada isteri agar tidak dipengaruhi emosi dan memaklumkan keadaan isteri pada waktu tersebut adalah berisiko kepada anak dengan keadaan isteri yang marah dan emosi terganggu. Ditambah pula saya tidak dibenarkan balik/berada di rumah apabila isteri pulang bekerja, saya berasa tidak selesa dan tidak ingin pertengkaran kami berlanjutan dirumah kami berlaku di hadapan anak tunggal kami dan adik beradik isteri yang menumpang dirumah kami. Justeru niat saya pada waktu itu agar isteri balik ke rumah dan bertenang sementara saya dan anak saya, saya bawa dan tinggal sementara dalam sehari dua untuk berada di rumah emak saya sehingga kemarahan isteri reda. Namun perkara sebaliknya terjadi apabila isteri bersama 3 orang adik beradik datang ke rumah emak saya selepas berbuka puasa dan telah mengetuk pintu rumah dengan keadaan emosi yang tidak stabil. Melihat kepada keadaan itu saya memaklumkan agar isteri pulang ke rumah disebabkan keadaan emosi isteri yang marah dan terganggu serta tidak stabil. Saya akui saya tidak membuka pintu rumah emak saya dan tidak membenarkan isteri masuk pada awalnya melihatkan keadaan isteri yang dalam keadaan marah tetapi apabila isteri menjerit-jerit diluar rumah dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap saya, saya kemudiannya tidak mahu emak malu dan jiran sekeliling melihat kejadian tersebut telah membuka pintu tetapi isteri enggan masuk dan memaksa saya memberi anak tunggal kami kepada isteri. Saya enggan memberi disebabkan keadaan emosi marah isteri pada waktu tersebut memang jelas akan membahayakan keselamatan anak saya. Justeru isteri berterusan memaki hamun saya (eg. bodoh, sial, anjing dan sebagainya) disebabkan keengganan saya dan disaksikan sendiri oleh emak saya, adik beradik saya dan isteri. Saya pada waktu tersebut dengan keadaan berasakan maruah saya sebagai suami telah dipijak-pijak oleh isteri dan seolah-olah maruah saya sebagai suami tidak dipelihara oleh isteri melihatkan cara isteri berterusan memaki hamun saya dihadapan keluarga dan orang sekeliling. Justeru saya hilang sabar dan terus menampar isteri pada waktu tersebut (Isteri mamklumkan kepada kakak saya yang pipi isteri lebam dan sebagainya tetapi isteri tidak melaporkan kepada pihak polis ataupun pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan setelah itu). Jelas tindakan saya menampar isteri tidak memberi kesan fizikal seperti lebam dan bengkak sebaginya. Malahan selepas itu, setelah dipujuk oleh emak saya untuk masuk ke rumah dan berbincang, isteri yang telah memasuki rumak emask saya masih lagi berterusan memaki hamun saya disebabkan saya masih enggan menyerahkan anak kepada isteri. Dan setelah itu, saya yang berasa tercabar memaklumkan pada emak saya dihadapan isteri disaksikan adik beradik saya dan isteri yang isteri berperangai tidak baik sebelum kahwin seperti pernah balik mabuk setelah bergelar isteri dan menghisap rokok di rumah. Justeru isteri yang tidak puas hati telah melemparkan tuduhan saya melebih-lebihkan sebelah keluarga saya malahan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap saya dan adik beradik saya. Justeru emak saya pada ketika itu telah terguris hati dengan perbuatan isteri saya yang berterusan pada waktu itu memaki hamun saya akhirnya mendesak saya untuk menyerahkan anak kepada isteri untuk dibawa pulang ke rumah sewa kami. Ini bagi meredakan keadaan di antara saya dan isteri. Saya pada waktu tersebut telah hidup menumpang di rumah emak saya dan kadang-kadang tidur di kereta akhirnya membuat keputusan untuk membawa emak mertua ke Kuala Lumur bagi tujuan memujuk isteri untuk meredakan keadaan dan seterusnya membenarkan saya kembali ke rumah. Setelah itu selama seminggu isteri tidak membenarkan saya kembali ke rumah untuk menjalankan kewajipan saya sebagai suami dan ayah dan dalam masa tersebut isteri berterusan meminta cerai daripada saya malah mengugut saya untuk menceraikan dia dengan memberi tempoh sebulan untuk berbuat demikian sehinggalah 3 hari sebelum raya, isteri akhirnya bersetuju membenarkan saya kembali ke rumah dengan beberapa syarat yang harus saya patuhi. Antaranya seperti berikut:

1.Isteri mengugut saya dengan menyatakan sekiranya saya memukul isteri sama ada dengan cara menampar atau menaikkan tangan dengan fizikal ke atas isteri maka jatuhlah talak satu oleh suami ke atas isteri.

2.Saya tidak boleh memaksa isteri tentang perkara yang isteri tidak mahu buat/lakukan contohnya seperti memasak, mengemas rumah, mencuci baju dan paling utama meminta izin suami.

3.Isteri tidak mahu saya mengongkong hidup isteri contohnya saya tidak boleh tahu setiap pergerakan isteri dan apa yang dia buat dan isteri boleh buat sesuka hati isteri tanpa perlu memaklumkan kepada saya.

4.Isteri bersetuju untuk mengikut dan bersedia dibimbing oleh saya untuk kembali ke jalan Allah iaitu insaf dan bertaubat.

5. Suami harus memberi keutamaan kepada isteri dan anak tunggal kami. Keadaan ini seolah-olah isteri ingin menjauhkan saya dengan keluarga atau khususnya emak saya.

Setelah itu, saya yang tidak mahu perkara ini berterusan dan lebih-lebih lagi menjelang hari raya telah pulang ke rumah dan pada hari raya pertama hingga keempat telah membawa isteri, anak, emak mertua dan adik lelaki tiri isteri beraya dan berjalan-jalan di Melaka.

Tuduhan Isteri No. 3: Suami tidak suka/setuju cara isteri mendidik/menegur anak. Suami selalu marah dan menegur cara saya si isteri dalam mendidik anak. Katanya kasar. Ini cara saya mendidik anak dari kecil dan sayalah yang selalu bersama anak berbanding suami. Suami seharusnya percayakan si isteri dalam mendidik anak sepenuhnya. Saya hilang rasa dihormat dan dipercayai sebagai seorang isteri dan ibu.

J. (1) Saya selama tempoh bulan September 2014 hingga Jun 2016, saya amat yakin isteri telah menjaga dan mendidik anak saya dengan sebaik mungkin dan penuh kasih sayang dan dengan keadaan saya yang sering berjauhan dripada keluarga dan hanya pulang untuk bersama isteri dan anak pada setiap hujung minggu sekiranya tidak berlayar. Walau bagaimanapun isteri saya lupa, sepanjang selepas berpantang emak sayalah yang menjaga anak tunggal kami apabila isteri bekerja daripada jam 9 pagi hingga 6 petang. Malahan terdapat keadaan yang mana isteri lewat balik hingga waktu malam semata-mata memberi alasan banyak urusan kerja di pejabat, menunggu adiknya yang bekerja sehingga jam 10 malam, keluar makan dengan kawan, tengok wayang, aktiviti zumba dan sebagainya. Emak pernah memaklumkan kepada saya dan pernah memesan kepada isteri untuk memaklumkan dan minta izin daripada suami dahulu. Jujur saya katakan untuk tidak memanjangkan cerita isteri jarang-jarang memaklumkan kepada saya kelewatan mengambil anak dirumah emak saya malahan emak juga yang menelefon saya agar memaklumkan agar isteri dapat pulang awal selepas waktu kerja untuk mengambil anak. Ini memandangkan niat emak yang tidak mahu isteri terlau kerap balik lewat dan pada masa yang sama memberi keutamaan kepada anak. Sehingga pada awal bulan Mac 2016, emak telah meminta agar saya dan isteri mencari alternatif lain untuk menjaga anak sulung kami disebabkan emak telah berpindah daripada rumah asal dan berpindah ke rumah baru. Walau bagaimanapun, emak juga tidak menolak untuk menjaga anak kami tetapi emak risau akan jarak rumah yang jauh dan kami berulang alik menghantar dan mengambil anak kelak. Dalam tempoh Mac hingga Jun 16, isteri telah membawa keseluruhan adik beradik isteri ke rumah sewa kami bagi tujuan menjaga anak secara bergilir. Walau bagaimanapun di dalam tempoh daripada bulan Jun 2016 hingga September 2016 saya mula mencurigai isteri dalam mendidik anak yang mana isteri sering balik lewat malam setelah selesai waktu kerja. Waktu isteri bekerja isteri adalah bermula jam 0900H hingga 1830H. Walau bagaimanapun isteri sering memberi alasan menunggu sekali adiknya yang balik kerja jam 2100H hingga jam 2200H untuk pulang sekali. Selain itu, isteri juga sering memberikan alasan banyak kerja di pejabat. Saya mempertikaikan keutamaan isteri adalah terhadap anak di rumah yang dijaga oleh adik tirinya. Terdapat 2 kali peristiwa yang mana isteri 'terkantoi' balik lewat malam dan memberi alasan banyak kerja di pejabat tetapi sebenarnya telah keluar tengok wayang tanpa memaklumkan kepada suami dengan siapa dan tidak meminta izin suami dan pada hari tersebut balik ke rumah jam 12.30 tengah malam. Isteri juga sanggup menemani Pengurus ditempat kerja (Perempuan) untuk mendandan rambut sehingga balik lewat malam dalam jam 2300H sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang ibu. Begitu juga sepanjang 2 minggu sebelum isteri keluar rumah tanpa izin saya, isteri sering balik ke rumah dalam lingkungan jan 10 malam ke atas tanpa memaklumkan kelewatan balik kepada saya.

(2) Selain itu, isteri juga dalam tempoh 3 bulan kelakangan ini sering meninggikan suara dan mengherdik anak apabila saya berada di rumah. Saya menegur isteri agar tidak meninggikan suara dan mengherdik anak walaupun anak nakal dan melakukan kesilapan kecil walau bagaimanapun isteri seolah-olah berasa puas dapat menyakitkan hati saya setelah puas memarahi anak.

Bulan Ogos 16.

Tuduhan Isteri No.4: Suami menghalau isteri dari rumah. Selepas pergaduhan dangan suami. Saya si isteri bertindak keluar dari rumah dengan tujuan ingin bersendirian. Dijatuhkan nusyuz oleh suami. Keesokan harinya saya meminta izin suami untuk datang ke rumah mengambil pakaian untuk saya bekerja. Tetapi apa yang terjadi kunci rumah ditukar dan semua barang saya sudah berbungkus rapi oleh suami diletakkan di ruang tamu hanya menanti saya untuk ambil semua. Jatuh dan rasa tercabar maruah saya sebagai isteri dan terang lagi bersuluh saya telah dihalau. Tidak cukup dengan itu, 2 orang adik beradik isteri turut diarah keluar rumah semas ketiadaan saya dirumah itu.

J(1). Jawapan bagi menjawab tuduhan isteri ialah sebagai seoarang isteri walau bagaimana terjadi pun perselisihan/pergaduhan/pertengakaran di antara suami dan isteri, isteri tidak boleh keluar rumah tanpa izin suami dan tindakan isteri yang berdegil tetap keluar rumah tanpa izin saya yang mana pada waktu itu (27 Ogos 16) saya berada dirumah dan telah memaklumkan secara lisan dan jelas kepada isteri yang sekiranya isteri keluar rumah pada waktu itu dengan jelas isteri telah menderhaka dan mengikut ajaran Islam boleh disabitkan nusyuz. Isteri ketika itu dalam keadaan waras dan saya pasti isteri faham akan maksud saya pada waktu tersebut telah melangkah keluar dari rumah tempat kami tinggal bukan sanggup sahaja meninggalkan saya malahan anak di rumah tanpa memaklumkan tujuan dan tempat isteri pergi setelah itu. Isteri telah keluar sejak jam 3 petang hingga keesokan petangnya (28 Ogos 16) yang mana isteri telah memaklumkan kepada saya yang isteri akan balik ke rumah pada waktu pagi. Walau bagaimanapun, saya dan anak berada diluar pada waktu pagi tersebut dengan membawa anak bermain di Taman Permainan. Sehingga jam 9 pagi hari tersebut, saya tidak mengizinkan isteri kembali disebabkan saya dan anak berada diluar dan pada masa yang sama saya telah menukar kunci mangga pintu rumah berikutan faktor keselamatan terhadap saya dan anak yang mana isteri mungkin kembali dengan keadaan emosi yang tidak stabil serta saya tidak mahu anak melihat kami bergaduh lagi.

Isteri hanya memberi alasan packing sebagai punca isteri tidak mahu kembali ke rumah dan taat kepada suami. Tindakan saya membungkus segala pakain isteri untuk melihat adakah isteri akan insaf ataupun meminta maaf kepada saya atas tindakan isteri keluar rumah tanpa izin dan saya tidak pernah melafazkan kata-kata untuk menghalau ataupun menyuruh isteri keluar dari rumah tetapi dengan keegoan isteri, isteri dan 2 orang adik beradik isteri telah mangambil batang-barangnya dan melangkah keluar. Saya masih sempat melafazkan kepada isteri tindakan isteri tersebut adalah derhaka kepada suami. Bagi saya, ini menunujukan niat isteri itu sendiri dengan kerelaan hati dan berniat untuk meninggalkan rumah tanpa izin suami sehari sebelum itu meninggalkan suami dan anak serta keesokan harinya walaupun saya telah nyatakan tindakan isteri tu telah bertentangan dengan ajaran Islam. Isteri walau bagaimanapun tetap berkeras untuk mengambil kesemua barang isteri dan keluar dari rumah. Justeru setelah isteri pada 28 Ogos 16 jam 9 pagi menyatakan hasrat untuk mengambil kesemua barang isteri dirumah dan berpindah, saya telah membuat satu laporan Polis (Laporan Isteri Keluar Rumah Tanpa Izin Suami) setelah saya yakin isteri nekad untuk duduk berasingan daripada saya dengan meninggalkan saya dan anak.

J(2) Berkaitan tuduhan isteri yang saya menghalau 2 orang adik isteri yang menumpang di rumah adalah disebabkan tujuan saya adalah pada malam 27 Ogos 16 meminta adik-adiknya keluar dari rumah kami secara baik dan dengan harapan perbincangan di antara saya dan isteri akan berlaku tanpa campur tangan dan gangguan. Dan sebenarnya kehadiran adik beradiknya di rumah untuk tinggal bersama adalah dibuat tanpa izin dan tanpa persetujuan saya ketika ketiadaan saya di rumah. Namun setelah saya balik daripada tempat bertugas, mereka telah berada di rumah dan saya akhirnya mengalah.


Tindakan yang telah saya lakukan:


1.Saya telah melantik Peguam untuk mensabitkan isteri sebagai Nusyuz namun hati saya berbolak balik berikutan pihak keluarga isteri yang berkecil hati dengan tindakan saya. Justeru saya telah menarik balik tuntutan tersebut.

2.Begitu juga isteri meminta saya menceraikan dia secara baik melalui perjanjian penceraian. Isteri juga berjanji tidak akan menuntut hak-hak seperti mutaah, harta sepencarian dan sebagainya. Namun isteri hanya mahukan hak hadhanah diberikan kepada isteri.

3. Isteri juga apabila disuruh untuk menebus talak daripada saya telah memberikan pelbagai alasan seperti ketiadaan masa dan sanggup menunggu saat bila saya telah tidak mampu bertahan sehingga akhirnya mengambil keputusan untuk menceraikan isteri.

Sepanjang tempoh tersebut, isteri berulang kali telah meminta cerai daripada saya walaupun pada ketika ini isteri telah tidak tinggal/duduk berasingan daripada saya. Walaubagimanapun, sepanjang tempoh tersebut saya tetap memberi isteri nafkahnya (walaupun tidak seperti apabila tinggal bersama/10 peratus daripda gaji) dan pada masa yang sama memberi nafkah kepada anak melibatkan pendidikan (taska) dan makan minum.


Justeru, saya mohon pandangan ustaz, adakah saya boleh dikategorikan sebagai dayus dengan ibarat saya menggantung tidak bertali isteri.

Jujur saya maklumkan, isteri memang telah menutup pintu hatinya terhadap saya berikutan konflik yang berlaku. Dan saya juga akui saya juga tidak boleh merubah hatinya kecuali dengan izin Allah.

Saya cuma ingin mempertahankan rumah tangga saya Ustaz. Cuma saya bertahan hingga kini dengan sabar dan berdoa pada Allah agar pintu hati isteri kembali lembut dan terbuka menerima kesilapan saya serta kembali dan taat semula kepada saya.
File Upload:

Salam

Saudara ini layak menjadi seorang novelis. Lengkap fakta kes dan catatan tarikhnya.. ELok la tu..

Isu yang berlaku tidaklah sebesar mana, ia sepatutnya boleh diselesaikan suami isteri. Masalah sedikit apabila adanya urusan berkaitan keluarga.. Itupun boleh diselesaikan dengan baik jika boleh dibawa berbincang antara suami isteri tanpa campurtangan pihak lain.

Pada saya, elok saudara dapatkan nasihat daripada kaunselor atau seseorang yang dipercayai bg membantu kes ini. Tidaklah ia seberat mana, hanya suami perlulah sedikit kesabaran, bijak dan sebaiknya cuba duduk sebumbung dengan isteri.

Dicadangkan juga duduk berasingan dan agak jauh daripada adik beradik isteri, biar berjauahan ia lebih mudah nak diuruskan berbanding dekat-dekat  yang menyulitkan. Itulah realiti orang Melayu.

Dlm apa jua kes rumah tangga, suami yg memainkan peranan utama. Dia perlu bijak dan tahu membuat keputusan, suami perlu buktikan kasih sayangnya kepada isteri dan anak-anak. Dengak ikatan kasih sahaja bisa menambah hati isteri dan keluarga.

Masih belum terlambat untuk redakan kes ini. Bawalah isteri jauh daripada keluarganya, dan cuba bantu fahami kehendak dan persekitaran yang dilaluinya. Ingatlah Allah tempat kita mengadu. Itu yang utama.

tk

Visitor IP: 60.51.124.151

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Friday, December 2, 2016

Soalan: bab talak


Nama*:syafiq
Tajuk*:bab talak
Message*:assalamualaikum....saya syafiq ,,,apakah jatuh talak kepada isteri apabila suami berdoa pada ALLAH mengatakan dia tidak akan mengulangi perbuatan salahnya yg lalu...tapi dikemudian hari si suami melakukan kesalahan yang sama....minta penjelasan....doa ini hanya diucapkan kepada allah...si isteri langsung tidak mengatahuinya...
File Upload:
Salam

Adakah pengaduan anda kepada ALLAH itu dikaitkan perbuatan salah itu dengan TALAK, jika tidak ada dikaitkan, ia tidak terjadinya talak..

tk

Visitor IP: 60.52.37.153

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Thursday, December 1, 2016

Soalan: Jatuh ke talak


Nama*:Emi
Tajuk*:Jatuh ke talak
Message*:Assalamualaikum,

Ustaz...

Kami bergaduh dan ada perselisihan faham...mengenai isu kongkong dan suami ada sebut "i lepaskan u tak ada nak sekat u utk lakukan apa2". Ayat i" lepaskan u" tu sy ada tnye pada suami ..apa maksud suami.suami jelaskan yg dia xde rasa ingin kongkong sy atau sekat saya lakukan apa2 yg sy ignin lakukan.. adakah jatuh talak dgn ayat suami itu ? Mohon bantuan ustaz.

Terima kasih
File Upload:
Salam

Berpegang kepada apa yang dijelaskan suami. Jika suami katakan lepaskan you dengan maksud bebaskan isteri untuk membuat apa yang patut, maka itulah maknanya. Ia tidak menjatuhkan talak.

tk

Visitor IP: 113.210.196.237

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA