Friday, February 19, 2016

Soalan: Mohon pandangan ustaz

Nama*:Mimie
Tajuk*:Mohon pandangan ustaz
Message*:Saya dan suami tidur mlm..saya tersedar bila suami panggil nams saya..
Suami ajak bersama tp saya menolak..saya tak bagitahu suami yg saya mengantuk, kepala mcm pening dan badan letih.

Suami marah saya lalu berkata " kau tak bagi aku, kau tidur malaikatvlaknat kau sampai pagi, padan muka kau"!.

Saya pun baring dan nk tidur,dlm masa nk lelapkan mata, suami pukul badan saya dgn bantal dan berkata " kau pekak ke aku panggil"?.
Saya bagun dan duduk di kaki suami..
Suami marah saya dan tanya saya " nak aku makan kat luar ke"?.
Saya hanya jawab " saya ngantuk badan tak larat dan nak tidur".
Suami marah dan tendang saya,saya pun bangun dan tidur..

Badan saya tak larat,dosa ke saya menolak...saya mmg tak melawan suami..kata2nya,saya xkisah pun suami nk pukul dll..
Ada masa saya termenung dan sedih dgn hidup saya ni...
Saya tak kerja,duit pun tak ada...anak 2 org...
Kadang2 anak pun kena marah...iyelah budak2 manalah faham lg..
Kadang2 bila suami marah anak,suami akan berkata kpd saya dgn ayat " sebelum aku sepak anak kau,baik kau suruh die bangun", saya sedih,itukan anak dia juga,dia boleh kata 'anak kau'..:(

Saya dah tak tahan.. Rasa nak lari jauh2..
Rasa dah tak mampu nak teruskan hidup dgn suami..rasa nk bercerai je..

Bila gaduh,suami kasar dan kerap suruh saya keluar dari rumah,halau saya..
Bila saya tanya niat dia,dia cakap dia tiada niat cerai..

Saya tinggal rumah mertua,suami xmampu nk beli rumah,saya alar kadar je...duit setiap bulan pun xmampu nak beri saya...pakaian pun xmampu setshn skali je..

Mohon sangat pendapat dan nasihat dari ustaz.
File Upload:

Salam

Bersabarlah dahulu puan.

Banyakkan istighar dan doa kepada Allah. DIa boleh merubah kehidupan kita.

Biasakan sesekali bersedekah, sedekah walaupun sedikit.. belajarlah...

Saya kira puan kena belajar berdikari dan mencari sumber untuk hidup sendiri. Suami rasa terbeban kena tanggung isteri dan mungkin dia juga kesempitan sehingga hilang kewarasan akal dalam menilai kebaikan seorgan isteri.

Puan mungkin ada kemahiran jual nasi lemak ke.. busness on line ke.. apa pa pun yang patut boleh membantu meringankan suami... Dan kalau boleh berpindahlah ke rumah sendiri (sewa atau beli).. di situ lebih tenang untuk membesarkan anak-anak..


tk
Visitor IP: 203.106.159.196

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA