Sunday, February 21, 2016

Soalan: Kemusykilan Tentang Taklik

Nama*:Hamba Allah
Tajuk*:Kemusykilan Tentang Taklik
Message*:Assalamualaikum ustaz..
Saya ada satu soalan secara umum berkenaan dengan taklik. Adakah sah sesuatu taklik itu jika ianya dinyatakan di dalam HATI..tapi disandarkan atau diwakilan taklik yg dalam hati tersebut dengan suatu perkataan atau ayat yang tiada kena mengena atau yg tidak memberi maksud kepada penceraian. Contoh seperti di bawah. Jangan marah saya ustaz..contoh ni nampak mcm tak masuk akal..tetapi sekadar untuk kepastian.

Contoh: Seorang suami bercakap kepada diri sendiri "Kacaknya aku..!!" dan dalam masa yang sama si suami ini telah bertaklik dalam HATI dengan sengaja.."Kalau aku jumpa lagi girlfriend lama aku, jatuh talak terhadap isteriku.." dan dalam masa yg sama juga, beliau telah menyandarkan atau mewakilkan taklik yg dinyatakan dalam hati tersebut kepada ayat dan lafaz.. "Kacaknya aku..!!"

Soalan saya ustaz, sah ke taklik tersebut? Taklik dalam HATI tapi diwakilkan/ disandarkan kepada lafaz yang tiada kene mengena atau lafaz yang tidak memberi maksud kepada penceraian. Kalau si suami berjumpa lagi dengan girlfriend lama dia, adakah jatuh talak terhadap isteri dia ustaz? Terima kasih ustaz.
File Upload:
Salam

usah buat kerja mengarutlah.. agama tak nak susahkan kita, kita yang menyusahkan hidup...

Taklik hendaklah dilafazkan dengan jelas dan didengar oleh isteri dan difahami oleh isteri baharulah sah talak..

JIka terniat dalam hati, manalah isteri tahu awak dah ada taklik... tak ke pelik?

tk


Visitor IP: 113.210.177.160

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA