Soalan: jatuh talak?
Nama*: | siti |
Tajuk*: | jatuh talak? |
Message*: | Suami isteri bergaduh,
Isteri mencederakan diri untuk suami berterus terang kenapa mereka tidak bermesra lagi sambil menangis dan menjerit jerit.Isteri menuduh nuduh jika suami ada orang lain.
Suami dalam keadaan nak ke kerja dan di berhentikan isteri nya yang ingin mengancam nyawa nya sendiri mahukan jawapan .
Suami berkata tak ada apa-apa saya hendak keluar pergi ke kerja sahaja. atas desakan isteri yang menolak dan mengancam nyawa nya sendiri
, suami bertanya" awak nak saya ceraikan awak talak tiga ke? sebab itu ke yang awak nak?
isteri mencium kaki suami dan berkata , tidak tidak itu bukan yang saya nak. itu bukan yang saya nak .
saya nak kan awak , dan mereka terus menjerit2 dan bila keadaan dan making redha di sebabkan isteri ada tekanan darah rendah bila tengah menjerit dan marah itu menyebabkan isteri pengsan .
adakan jatuh talak? |
File Upload: | |
Salam.
Pada saya kes ini tidak menyebabkan terjadinya talak..
tk
Visitor IP: 175.144.174.191
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.