Nama*: | Hamba |
Tajuk*: | Ingin berubah |
Message*: | Assalammualaikum Ustaz, Umur saya 45 tahun. Saya adalah seorang penzina, selama berbelas tahun lamanya. Saya bermula setelah berkahwin, dan masih melakukan walaupun anak sudah beberapa orang. Kemuncak aktiviti keji itu, saya juga telah bercinta dgn salah seorang perempuan yang saya pernah saya langgani. Saya telah bercuti disekitar negara jiran dgn perempuan itu, saya menipu isteri kononnya saya keluar negara atas alasan kerja. Saya juga minum arak, hisap rokok untuk menghiburkan perempuan itu. Saya memberi duit belanja padanya, tanggung hutang2nya, belikan dia handbag, Iphone dan macam2 lagi. Saya berbohong pada isteri saya bila saya kurangkan duit belanjanya, kononnya kerana merosotnya bisnes saya. Saya memang berniat untuk membantu perempuan itu keluar dari pekerjaan haramnya dan mengahwininya tetapi saya yang alah, saya yang ikut kelakuannya. Akhirnya dengan takdir Allah, isteri mengetahui hubungan saya dan perempuan. Hubungan rumahtangga kami bergoyang. Saya menafikan pada isteri saya bahawa saya ada hubungan seks dengan perempuan itu. Saya kini tersedar – betapa hinanya saya, saya telah berzina selama berbelas tahun, saya berbohong dan kongsikan kasih yang patut saya beri pada isteri saya dengan orang lain. Saya insaf, saya menyesal. Saya kini telah putuskan hubungan dgn perempuan itu, saya benar2 ingin berubah dan kembali ke pangkal jalan. Saya malu pada Allah SWT, tapi hanya Dia saja yang mampu ampunkan saya. (1) Persoalannya adakah Allah akan mendengar permintaan ampun saya yang sangat hina ini? Adakah ibadah / taubat saya akan diterima? (2) Berkenaan pembohongan saya pada isteri iaitu menafikan hubungan zina yang saya lakukan - Perlukah saya beritahu perkara sebenar? Saya khuatir jika dia tak mampu menghadapi kebenaran dan meminta cerai. Saya sayangkan dia dan anak2 saya. (3) Akibat hubungan seks tanpa perlindungan dgn perempuan itu, ada satu ketika dia telah lambat haid, tapi ujian kehamilan tak dilakukan. Cuma dia meminum vitamin C untuk memaksa darah haid keluar. Di minggu 7 akhirnya dia mengalami haid, dgn darah berketul2 katanya. Saya agak yakin yang perempuan itu mengandungkan anak luar nikah saya dan dia telah digugurkan kandungan tersebut atas persetujuan saya. Bagaimana harus saya tebus dosa itu? (4) Bagaimana caranya untuk saya mendapatkan keampunan Allah dan menguatkan iman saya? Saya telah menjadi kawan syaitan berbelas tahun dan tentunya syaitan tak mahu lepaskan saya. Saya yakin godaan selepas ini akan lebih kuat. Nasihatkanlah saya Ustaz. Saya tak mahu tersesat lagi. |
File Upload: |
Alhamdulillah.. TAHNIAH dan syukur atas kesediaan saudara untuk berubah. Teruskan AZAM dan IKHTIAR serta kesungguhan saudara untuk terus menjadi insan soleh diredai Allah.
Allah maha pengampun, jadi yakinlah kemurahan Allah menerima taubat hamba-Nya. Teruskanlah taubat kita seharian tanpa henti, sehingga ia mendamaikan jiwa kita untuk kita berhadapan dengan Allah dan manusia.
Pembohongan seperti itu kadang kala perlu terus ditutup kerana jika dibongkarkan kesemuanya, akan lagi parah situasinya. Kita kekal bertaubat kepada Allah...
Carilah kawan sebagai pembantu kita utk kekal dalam kebaikan.. Carilah kawan yang boleh membimbing dan biasakan solat berjemaah di rumah dan bawalah selalu ke masjid... Yakinlah ALlah sentiasa bersama orang yang benar dan kembali kepada-Nya.
tk
Visitor IP: 58.26.8.194
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.