Nama*: | Puan Mahirah |
Tajuk*: | Erti niat dlm lafaz kinayah |
Message*: | Assalammualaikum… Kisahnya begini… Suami mempunyai hubungan dengan wanita lain. Namun dengan izin Allah isteri mendapat banyak bukti tanpa dicari. Apabila isteri cuba mendapatkan penjelasan, suami akan menafikan dan sanggup bersumpah dengan nama Allah Sad Setelah segala bukti diberikan, suami terkedu tetapi mencetuskan perbalahan. Setiap kali perbalahan suami pasti akan 'mengugut' isteri supaya tidak menghubungi wanita/kekasihnya dengan mengatakan: "If you contact that girl, we will finish!" Oleh itu isteri tidak dapat berbuat apa-apa. Namun perkara ini berterusan dan Allah terus menunjukkan bakti bahawa suami masih bermain kayu tiga. Malangnya tiada penyelesaian dan suami terus mengugut seperti kata-kata di atas. Setelah ianya berterusan suami masih tidak berubah dan tidak mengaku salah (pada awalnya) dan akhirnya terdiam setelah bukti ditunjukkan. TETAPI suami masih terus dengan ugutan seperti yang disebutkan. Oleh itu isteri hilang sabarnya dan meminta suami juga menyebutkan perkara yang sama terhadap diri sendiri. Oleh kerana desakan isteri, akhirnya suami bersetuju dan mengatakan: "ok, if that what you want… if you contact that girl, we will finish and if I contact that girl we will also finish!" Kata-kata "we will finish" di sini tidak jelas kerana suami tidak menyebut talak sedangkan semasa suami menyebutkan terhadap isteri dan isteri bertanya jika suami faham maksudnya ( jika isteri hubungi kekasihnya maka akan jatuh talak, suami mengiakannya). Persoalannya: Apakah jatuh talak terhadap isteri kerana: Setelah peristiwa suami menyebutkan hal yang sama kepad dirinya juga kerana atas desakan isteri (jika contact wanita yang dihubunginya melalui telefon, hubungan kami akan 'habis'). Suatu hari dengan izin Allah isteri telah menemui bukti bahawa suami masih lagi berkasih tetapi isteri tidak pasti sama ada suami berkasih dengan wanita yang sama atau wanita lain. Isteri telah cuba mendapatkan kepastian daripada suami tetapi suami tidak memberikan sebarang jawapan. Isteri terus melayan suami seperti biasa kerana isteri tidak mahu mencetuskan perbalahan dan demi kasihkan anak-anak. Malah isteri memikirkan kerumitan dan masalah jika bercerai berai semasa di rantauan. Apakah perkataan "kita habis" bergantung kepada niat suami ketika itu? Bagaimana untuk mengetahui niat suami yang sebenar kerana suami tidak mahu berbincang atau terus buat-buat tak tahu? Harap ustaz memahami persoalan yang dikemukakan. Terima kasih. Wassalam… |
File Upload: |
Suami puan ni pandai.. dia tak sebut talak, dia sebut will finish sahaja.. makna finish itu tidak jelas sama ada talak atau berakhir sebegitu dengan kemarahan sahaja...
Pada saya, suami puan tidak melafazkan taklik dengan jelas atau pun senang cerita, ia bukan taklik sebab dia tidak jelas menyebut lafaz TALAK pada ucapan berkenaan.
Susah nak layan suami, kalau dah gilakan perempuan, dia akan gilakan sampai mati.. elok dikahwinkan sahaja.. op.. maaf
tk
Visitor IP: 203.106.159.159
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.