Thursday, February 18, 2016

Soalan: Nusyuz kah isteri, dayus kah saya

Nama*:Ahmad
Tajuk*:Nusyuz kah isteri, dayus kah saya
Message*:Assalamualaikum w.b.t.
Saya ada soalan mohon jawapan nya, saya dan isteri telah berkahwin selama 3tahun. Perkenalan hanya singkat.dalam 3bulan .pertemuan pertama .kedua bertunang dan ketiga berkahwin.semasa dalam tempoh perkahwinan ini kami tidak dikurniakan cahaya mata, dan seringkali bermasam muka kadang kala hanya dengan perkara remeh.sewaktu bergaduh isteri selalu menyatakan hasrat untuk bercerai. Tetapi selepas tersedar dia meminta maaf.atas keterlanjuran meminta cerai dan marah. Untuk makluman Saya bekerja sebagai pengawal keselamatan dan berkerja malam sahaja, selama berkahwin hanya dapat meluangkan masa bersama-sama isteri pada waktu siang sahaja,dan malam jika mendapat cuti. ketika masih tinggal bersama isteri saya selalu menasihatkan dia agar berpakaian yg menutup aurat apabila keluar ke tempat kerja . Keluar bersama teman tempat bekerjanya.Apabila ditegur dia akan marah dan menggatakan saya kolot. Pada november 2015 isteri menyatakan hasrat untuk balik ke kg halamannya untuk berehat, tetapi sebab yang dinyatakan samar samar ,ingin menjaga ibu nya di kampung dan membuat kan saya mengizinkan dalam keterpaksaan, selepas dia pulang ke rumah ibunya saya ada pulang. Untuk melihat dia, memberi nafkah tetapi Selang sebulan dia di kg dia mendapat kerja, dengan tidak berbincang dan keizinan saya dia bekerja dan menyewa di rumah lain, dan tidak duduk bersama ibunya di kampung. tempat kerja dan rumah disewa tidak dimaklumkan saya walaupun saya bertanya,
Awal januari 2016 saya telah ditimpa musibah iaitu sakit pada Pinggang dan tidak dapat bekerja, dalam pada waktu itu isteri langsung tidak mengambil berat.menggambil tahu, Menjaga, menjengguk saya yang sedang sakit. apabila kakak saya beritahu dia yg saya sakit, dia mengatakan dia sibuk, xdapat balik.
Baru baru ini ada salah faham. pertengkaran berlaku antara kami dan isteri sekali lagi meminta diceraikan, menggesa. Saya buntu.
Keesokkan hari nya saya cuba untuk berdamai tetapi isteri telah memblok whatsapp, saya dan saya tidak dapat menghubungi isteri, dan di media sosial ,facebook.dia telah berkongsi status dayus nya saya. Adakah saya dayus hanya kerana tidak menceraikan dia, isteri juga telah mengatakan bahawa dia sudah bosan, tidak cinta, tidak sayang lagi pada saya, serta mengatakan menyesal berkahwin. mohon jawapan nya terima kasih.
File Upload:
Salam.

Nak jaga isteri tidak semudah disangka.. Nak jadi suami juga tidak semudah ABC... masing-masing ada kelebihan dan kekurangan.

Kahwin biasanya atas nama cinta. CInta tanpa disandarkan kepada agama dan iman, maka ia akan mudah hancur dan tiada kekuatan di situ.

Saya kira elok saudara lepaskan dia, itu lebih baik.. kalau dah teguran suami tidak diendah, saya kira sukar untuk memulihkan keadaan. Bila dia kerja dan berpindah rumah pun tidak beritahu suami, saya kira ia agak keterlaluan... Lepaskan dia itu jalan yang lebih selamat dan menghilangkan satu tanggungjawab suami, walaupun anak masih menjadi saraan suami...

tk

Visitor IP: 64.233.173.99

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA