Soalan: jatuh ke talak?
Nama*: | siti 2 |
Tajuk*: | jatuh ke talak? |
Message*: | sambungan cerita sebelum ni
suami membawa isteri ke klinik untuk membalut luka dan check up. mereka pulang ke rumah dan terdiam , setelah tenang dan isteri di suruh berehat sebentar di rumah suami meminta izin keluar ke rumah ibu bapa nya, dan apabila dia kembali ke rumah isteri dia menjemput isteri makan bersama.
Adakah talak ini jatuh?
#sekali lafaz 3 dalam keadaan terpaksa
#sbb isteri mengancam nyawa sendiri
#lafaz berbentuk soalan
#lafaz ketika isteri ada haid
Terima Kasih |
File Upload: | |
Salam
Maaf saya tak faham kisah ini..
Saya pun tak boleh ingat semua soalan yang ditanya.. sebaiknya penanya memberi butiran yang jelas untuk saya bantu..
tk n maaf ya.
Visitor IP: 175.144.174.191
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.