Soalan: Suami dan Isteri
Nama*: | Nurul |
Tajuk*: | Suami dan Isteri |
Message*: | Salam Ustaz.
Suami saya tidak tahu tentang agama malahan solat pun dia sudah lupa,
bila saya bergaduh dgn dia mesti dia ckp " apa hukum saya tinggi suara dgn suami" mcm2 lagi.
bila saya solat, saya belajar agama dia ckp saya tkde iman.. saya riak.. saya tkde iman kerana saya selalu menjwb suami.
tp apabila saya bertanya dgn dia.. kau nk sebut pasal hukum
dia nafkah pun jarang beri, bahkan makanan harian saya mak saya yg tanggung, duit permbelajaan ank2, duit tranport anak, dan hutang dia pun saya yg bantu byr, dia tk boleh bantu sebab dia kata dia byk hutang hendak di bayar.. sekarang bagaiman ustaz boleh ke saya fail kn cerai kepada dia, kerana pada saya ada atau tiada nye dia pun sama. saya tetap tanggung semua. |
File Upload: | |
Salam
Kalau dah tak tahan dengan suami yang sebegitu, boleh sahaja mohon tebus talak (tuntut cerai) dari mahkamah...
terserah kepada puan.
Visitor IP: 198.175.151.213
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.