Soalan: Kemusykilan.
Nama*: | achik |
Tajuk*: | Kemusykilan. |
Message*: | Assalamualaikum Ustaz...sy ingin bertanya,jika suami berkata "kemas la barang2 awak,sy hantar awk blik kg awk,saya ambil cara elok,sy pulangkn cara elok...ungkapan sebegitu adakah jatuh talak? wal hal,sebelum pergaduhan,sy ada menyatakan yg sy ingin pulang ke kampung dgn niat utk tenangkn fikiran dan berbincang dgn keluarga..harap ustaz dapat huraikan lebih lanjut,tentang kemusykilan ini. Terima kasih Ustaz. |
File Upload: | |
Salam
Bab ini kena dapatkan kepastian daripada suami. Apa maksud sebenar suami cakap sebegitu, jika maksud cerai, akan terjadilah cerai (talak) dan jika dimaksudkan balik ke rumah, maka hanya balik ke rumah tanpa jatuh talak.
Pastikan maksud ungkapan itu drp suami.
tk
Visitor IP: 175.139.196.105
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.