Soalan: Adakah jatuh talak
Nama*: | Norfazlina bt jusoh |
Tajuk*: | Adakah jatuh talak |
Message*: | Baru-baru ne saya dan suami bertengkar kerana dia memuji perempuan lain masa menonton tv..selepas itu dia mengunkit kisah silam saya..dan dia berkata kita dah tidak ada kefahaman lagi hari-hari asyik bergadoh dalam tahun ini juga kita kena pergi pejabat agama..adakah jatuh talak. |
File Upload: | |
Salam
Talak tidak jatuh lagi selagi suami tidak melafazkan talak secara jelas dan terang.
Suami nak puji pelakon tu cantik, biarlah.. tak terjejas pun isteri kat rumah tu.. belajarkan pandai menawan hati suami... jangan terlalu cemburu..
tk
Visitor IP: 64.233.173.109
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.