Wednesday, February 24, 2016

Soalan: tak ingat

Nama*:Unknown
Tajuk*:tak ingat
Message*:Salam ustaz.. Kisah ni dh lama berlaku.. Dulu, sy ada cakap dkt isteri "kalau kau keluar (rumah) malamni kau tengokla aku ceraikan kau." Pd malam kejadian isteri tak keluar pun rumah..

Pd awalnya sy taktau itu lafaz taklik. Bila sy ada tanya seorang ustaz ni, dia mengatakan itu merupakan lafaz taklik. Dan lafaz taklik tu valid untk malamtu shj sebab ada perkataan 'malamni'. Sy bersyukur pd malamtu isteri tak keluar.. Mula2 apa yg sy faham dgn lafaz sy tu, bila isteri keluar rumah baru sy nak ceraikan dia.. Tp sebaliknya..

Persoalan sy ustaz.. Baru hari ini menjadi tanda tanya kpd sy.. Memang kejadian itu berlaku malam, tp sy tk ingat waktu tu pukul berapa.. Sama ada sebelum pukul 12tgh malam atau selepas 12tgh malam.. Bila tnya isteri pun, isteri xingat pukul berapa.. Apa yg kami ingt cuma mlm..

Mcm mana nak pertimbangkan hukum nya ustaz? Pd malam kejadian mmg isteri tkde keluar. Tp malam keesokkannya isteri mmg ada keluar bersama sy..

Adakah jatuh talak ke atas isteri sy jika lafaz itu berlaku selepas jam 12tgh malam?

Kami sama2 tak ingat pukul berapa.. Tp mmg yakin waktu tu malam.. Mohon penjelasan ustaz.. Mcm mana ya status kami ni.. Terima kasih ustaz..
File Upload:
Salam

Taklik itu dikhususkan pada malam yang dilafazkan sahaja, maka larangan keluar rumah hanyalah pada malam kejadian sahaja. Jika malam berikutnya keluar, ia sudah tidak dikira taklik lagi kerana taklik berkenaan dikhususkan..

tk

Visitor IP: 115.164.94.14

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA