Wednesday, February 3, 2016

Soalan: cara penyelesaian

Nama*:mila
Tajuk*:cara penyelesaian
Message*:Assalammualaikum ustaz.saya nak bertanya.
saya bernikah dengan suami di selayan thailand oleh kerana kedua2 keluarga punyai perselisihan faham.kami berkahwin senyap2 tanpa pengetahuan keluarga.

9bulan usia perkahwinan kami.susah senang bersama tapi lama kelamaan kami tak bahagia,selalu bertengkar walaupun benda kecil.suami terpaksa bekerja di johor manakala saya di kuala lumpur.jarak juga selalu menjadi punca pergaduhan.keluarga suami tiba-tiba dapat tahu status kami.mereka melenting dan tidak merestui.suami tidak bertanggungjawab memberi nafkah,malah setiap hari saya dimaki hamun.sekarang saya hamil kandungan berusia 2minggu.
keluarga saya dapat tahu dan buang saya dari family.saya sayangkan keluarga saya dan mahu pulang kepangkuan mereka.saya juga tak larat lagi dimaki hamun.bila diajak berbincang dia maki saya.
saya minta dia lepaskan saya tapi dia mengelak dan terus maki dan ugut saya.
ustaz untuk kebaikkan apakah caranya?jujur saya cuma mau dia lepaskan saya,tapi saya tak tahu apa caranya oleh kerana perkahwinan kami belum berdaftar
File Upload:
Salam

Jika puan mahu berpisah dan berpisah itu yang terbaik buat puan, bermohonlah kepada Allah pada setiap waktu. Solat malam dan doa...

Atau mungkin lebih baik puan doakan untuk kelangsungan perkahwinan ini agar ia lebih baik dan harmoni.

Kembalilah kepada Allah.. baharu yang lain akan kita dapat..

tk

Visitor IP: 124.13.220.140

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA