Friday, February 12, 2016

Soalan: Bertukar mazhab / campur mazhab

Nama*:Sufi
Tajuk*:Bertukar mazhab / campur mazhab
Message*:Assalamualaikum,

Tuan,
Saya mempunyai masalah was-was berkenaan najis berat yang agak kronik. Misalnya, saya dapati kebayakan berus cat yang murah diperbuat daripada bulu babi. Rata-rata saya lihat, masyarakat kita menggunakan berus seperti ini, baik untuk mengecat rumah, mengecat pagar, industri plaster ceiling, kedai baiki tayar dan sebagainya. Kalau macam ni…sukar bagi saya untuk pergi ke tempat tertentu/ menggunakan khidmat tertentu yang bebas dari semua ini. (betul juga kata orang, kalau tak tahu lagi bagus. Ni dah tau, kena hati-hati lebih).

Persoalannya, bolehkan saya menggunakan madzhab Maliki untuk hal najis berat seperti ini? Ini bukan sahaja memudahkan urusan harian saya, tetapi juga boleh menggunakan masa saya untuk beribadat, rather than sibuk sertu. Dalam hal ini, adakah saya dikira "mempermudahkan" Islam (kerana bertukar Madzhab untuk memudahkan); atau memang wajib bagi saya untuk menggunakan Madzhab Maliki (kerana kadang2 saya tidak solat kerana saya rasa terkena najis dan kena pergi sertu dahulu)?

Saya kerap terasa bersalah bila hendak menggunakan madzhab maliki ini. Ialah, dari kecik kita ikut madzhab Syafi'e. Boleh bertahan kejap aje.. pas tu… gi sertu balik. Solat pun rasa macam ada najis. Jadi, macam mana ye untuk kuatkan diri, untuk mengatakan pada diri sendiri yang apa yg kita buat tu (guna madzhab lain) tu tak salah?

TOlong jelaskan. Wallahuaklam.
File Upload:
Salam..

Tambahkan ilmu, banyakkan membaca dan meneliti pendapat berbagai ulama.. tidak salah sebegitu. Mazhab Maliki dan Hambali masih dalam Ahli sunnah.. boleh diamalkan mengkut apa yang difahami.. tk

Visitor IP: 203.106.158.65

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA