Nama*: | ida |
Tajuk*: | Lafaz taklik |
Message*: | Assalammualaikum..ustaz suami saya pernah menyatakan jika saya mengungkit kisah lamanya dulu brsama dengan seorang perempuan yang pernah mengambil kesempatan terhadap dirinya..maka akan jatuh talak ke atas saya..baru-baru ini saya terungkit kisah itu tanpa sengaja kerana emosi saya yang tidak stabil ketika haid..itu pun setelah suami meragui kejujuran saya dengan mengatakan saya ada hubungan dengan orang lain kerana masih berdendam dengannya..tetapi saya memang tidak sengaja dan saya masih menyayanginya sepenuh hati saya..memang saya kecewa kerana dapat tahu die pernah melayan perempuan itu tetapi akhirnya dia sedar bahawa perempuan itu mahu mengambil kesempatan terhadap dirinya..bantu la saya ustaz..adakah jatuh talak itu dan apa yang perlu saya lakukan.. |
File Upload: |
Jika benar suami melafazkan lafaz seperti itu, dan ia termasuklah dalam lafaz taklik, maka sebutan puan mengenai perempuan itu boleh menjatuhkan talak taklik. Cuma puan perlu pastikan benar-benar suami menyebut itu dengan tujuan taklik, jika disebut sebagai ugutan seperti ayat; KALAU KAU SEBUT TTG DIA LAGI, AKU AKAN CERAIKAN ENGKAU; AKU BOLEH CERAIKAN KAMU' maka pada pendapat saya, adanya perkataan AKAN dan BOLEH itu tidak dikira sebagai taklik yang mutlak.. sebab masih ada pilihan kepada suami sama ada nak cerai atau tidak.
Lafaz taklik hendaklah tepat dan tegas sebagaimana lafaz taklik yang ditulis dalam surat nikah puan tu.. tk
Visitor IP: 113.210.5.239
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.