Thursday, February 18, 2016

Soalan: Ingin kepastian.

Nama*:Najwa
Tajuk*:Ingin kepastian.
Message*:Salam ustaz.. Dulu suami ada lafazkan taklik pada macamni, "Kalau kau keluar rumah malamni, kau tengoklah aku ceraikan kau." Pada malam kejadian tu, sy tak keluar pun rumah.. (( p/s : pd masa tu, kami berdua tk ingat pukul berapa kejadian tu berlaku, sama ade awal malam atau tengah malam tp memang malam la. Jika ia berlaku tengah malam, adakah lafaz taklik itu dikira untuk malam kejadian itu sahaja ataupun malam keesokannya? ))


Ni dialog antara sy & suami ketika berbincang mengenai taklik tu.


Suami : pada awalnya, apa yg sy faham dengan ayat sy malamtu (malam kejadian dulu), kalau awak keluar rumah baru sy nak ceraikan
awak. Tapi bila sy ada tanya seorang ustaz ni, ustaz tu bagitau "kalau awak tak keluar rumah malamtu, tak berlaku lah talak."

Isteri : Maksudnya macam mana tu? Sy tak paham lah.

Suami : Kan sy cakap.. Kalau awak keluar malamtu (malam kejadian dulu), jatuh talak..

Isteri : Aik? Tak berlaku apa2 ke awak cakap macamni?

Suami : tak berlaku apa2.. Maksud malamtu ialah malam kejadian dulu.. Dan malam kejadian dulu awak tak keluar pun rumah.. Jadi takde ape2 la..

Soalan saya ustaz ;
1. Adakah berlaku apa apa talak dalam perbualan kami berdua ni?
2. Adakah taklik itu valid untuk malamtu shj sebab ada perkataan 'malamni' (khas untuk malamtu je)
File Upload:
Salam

Taklik adalah mengikut apa yang dimaksudkan oleh suami...Keterangan suami adalah suatu yang pasti dan benar...

Oleh kerana dia maksudkan pada malam kejadian sahaja, maka taklik itu terbatal setelah berakhirnya malam kejadian itu..

Tiada lagi taklik..


Lepas ni usah nak buat buat taklik lagi...


heheh,\


Visitor IP: 115.164.85.158

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA