Soalan: jatuh ke talak?
Nama*: | Unknown |
Tajuk*: | jatuh ke talak? |
Message*: | Salam ustaz. Suami menjadi saksi kes penceraian abangnya dimahkamah. Selepas keluar dari mahkamah, dia menceritakan kembali kpd sy dgn berkata, "masa dlm tu tadi masa tggu turn haris untk di bicara, abg ada tengok satu pasangan ni bercerai.. Lelaki ni lafaz kt bini dia macamni, "aku ceraikan kau.. Aku ceraikan kau." Abg jd terkedu tak sampai hati pulak tengok masa tu"
Sy tau suami hanya bercerita.. Adakah jatuh talaknya ustaz jika suami bercerita sedemikian? Hati sy ragu2.. Suami kata takde berlaku apa2.. Sbb dia kata tak tuju langsung kt sy pun.. Dia cuma cerita balik apa yg dia nampak & dengar.. Tp sy bimbang lah ustaz.. Bukan kah lafaz soreh tu tak memerlukan seharang niat atau sebaliknya. Boleh ustaz perjelaskan? |
File Upload: | |
Salam
Tak lah jatuh talak, sbb dia bercerita bukannya tujukan cerai itu kepada isterinya..
tk
Visitor IP: 115.164.223.246
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.