Thursday, February 25, 2016

Soalan: ibubapa tinggal serumah

Nama*:firdaus
Tajuk*:ibubapa tinggal serumah
Message*:Assalamualaikum ustaz...

Saya ingin meminta pandangan atau nasihat ustaz tentang kemelut yang saya hadapi tentang rumah tangga saya.sebenarnya kehidupan kami dah cukup bahagia dengan adanya anak,ekonomi yg boleh dikatekan stabil dan sentiasa mencari kearah yg lebih baik dalam hal-hal yang berkaitan dengan agama.Tetapi isteri sy ni terlalu baik sampai dia dah kepada siapa dia perlu taat.kepada suami atau ibubapa?hal ini dah lama berlarutan dan sudah lama ibubapa dia tinggal dengan kami.saya tiada masalah dengan hal itu,tetapi yang jadi punca sekarang ni apabila berlaku selisih faham kami suami isteri,mesti mak dia masuk campur dlm urusan rumah tangga kami.sekarang ni sy dah jadi seperti menumpang di rumah sendiri,isteri selalu ungkapkan yg sy ni satu beban memandangkan dia nak sangat jaga ibubapa dia walaupun sebenarnya dia tidak sempat/penat dengan kerja serta bisnes kami.yang lagi mengeruhkan keadaan,dia tanpa rasa bersalah membenarkan staff kami yang dianggapnye sbg adik angkat menumpang dirumah kami.alasannya kerana staff tu berpewatan baik/alim/warak.mmg sy akui dia mmg lebih bab2 agama tapi semasa adanya sy dlam rumah tu masih dikira ok.Sekarang ni sy ibarat dihalau dr rumah tu kerana berlaku pertengkaran dengan isteri tetapi staff tu masih jgk kat situ sedangkan sy x de dlm rumah tu.situasinya sekarang mcm mane sy nk pulihkan hubungan dengan adanya orang lain dalam rumah tu.sy ibarat tidak diperlukan lagi memandang kan dia dh ade ibubapa n staff tu dlm membantunya sehari hari.lagipun ibubapa nya ada membuat ugutan jika sy balik ke rumah tu lagi,dia akan balik kg dan tidak agan ambil tahu lagi pasal kami.hal itu memberi tekanan kepada isteri dalam membuat keputusan walaupun dia dah tahu kpd siapa dia perlu taat tetapi dia seolah olah menafikan dengan berkata dia x nak jadi anak derhaka.dia dah failkan kes ke mahkamah untuk bercerai..sy buntu sekarang ni,adakah perlu sy buat aduan ke pejabat agama tentang keadaan di dlm rumah tersebut memandang kan bilik isteri(kami) dengan bilik staff tu di bahagian atas.isteri hanya ditemani ank masing2 berusia 3tahun dan 8 tahun.ibubapa isteri dah uzur dan mmg x pernah naik smp atas kerana x larat utk memanjat anak tangga.apa perlu saya buat ustaz?sebab jika ibubapa dan staff tu tiada sy rase isteri sy pasti akan bergantung pada sy dan pada sy itulah yang sepatutnya sebab status sy sendiri sebagai seorang suami.mohon pencerahan....wassalam
File Upload:
Salam

PErtamanya dari segi hukum syarak, tidak boleh dan tidak kena sama sekali membenarkan ajnabi (staf lelaki) itu tinggal serumah. Ia menimbulkan fitnah besar dalam rumah tangga. Biarpun dia kelihatan alim, tetapi tetap juga dia lelaki dan fitnah tidak pernah akan kering.

Mintalah staf berkenaan keluar dari rumah dan biarlah dia bina hidupnya sendiri di luar rumah saudara.

Mengenai ibu bapa yang tua, jika benar isteri perlu menjaga mereka, isteri perlu mendapat izin dan persetujuan suami. Jika suami setuju untuk menjaga ibu bapa mertua, baharulah isteri dibenarkan membawa masuk ibu bapanya.

Ibu mertua seharusnya tidak mencampuri urusan dan masalah rumah tangga anak-anak, cuba bantu sebaiknya, tetapi usah melampaui batasan kerana ia hanya akan merosakkan hubungan suami isteri.

tk

Visitor IP: 175.139.160.111

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA