Wednesday, October 28, 2015

Soalan: Yakin Tidak Lafaz Seorang Diri


Nama*:Ahmad
Tajuk*:Yakin Tidak Lafaz Seorang Diri
Message*:Assalamualaikum Ustaz....

Saya ada masalah was was dan sekarang saya tengah berubat rawatan Islam...Alhamdulillah was was saya dah berkurangan.Saya ada berdoa pada Allah bahawa saya yakin tidak pernah lafaz cerai seorang diri dan yakin berkata dalam hati atau lintasan hati,saya tiada niat bercerai dan saya memohon petunjuk pada Allah.Secara tiba2 lintasan hati datang mengatakan saya pernah lafaz cerai seorang diri,saya percaya itu adalah bisikan syaitan.Selepas solat saya berdoa pada Allah "adakah petunjuk yang datang itu dari gangguan syaitan dan bisikan syaitan,jika itu petunjuk datangnya dari bisikan syaitan, Ya Allah Ya Tuhanku,Kau jauhkanlah gangguan syaitan itu ke atas diriku ini.Sesungguhnya aku yakin pada hatiku dan diriku,aku tidak pernah lafaz cerai seorang diri.Aku benar2 yakin Ya Allah".Selepas berdoa saya dapat keyakinan saya hanya berkata dalam hati atau ia cuma lintasan hati saja. Walaupun ada gangguan syaitan ketika itu,saya tetap terus berdoa pada Allah untuk hilangkan gangguan itu...Alhamdulillah gangguan itu hilang.Berdosakah kerana saya yakin tidak lafaz seorang diri dan bukankah was was itu dapat dihilangkan dengan keyakinan.Tolong Ustaz jelaskan?


Terima Kasih Ustaz.....

Terima Kasih
File Upload:
Salam

Yakin dengan apa yang kita buat, kita sebut.. Yang selebihnya adalah mainan syaitan belaka. Berusahalah moga Allah berikan yang terbaik..

Kita ini sentiasa berdosa dan bersalah, sebaik-baik mereka yang berdosa ialah bertaubat kembali kepada ALlah. Berdosa itu terjadi apabila kita buat perkara dilarang Allah, jika tidak sebegitu, ia tidak berdosa.

Sekarang tempoh waktu untuk MUJAHADAH melawan gangguan syaitan dan membina keyakinan diri. Teruskanlah..

tk

Visitor IP: 175.136.244.161

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA