Thursday, October 15, 2015

Soalan: saya was-was

Nama*:zihni
Tajuk*:saya was-was
Message*:Assalamualaikum ustaz..saya ada 1 kemusykilan..saya telah bertengkar dengan isteri sy ketika berada di dalam kereta yg sedang bergerak..akan tetapi isteri sy minta untuk dibuka pintu dan ditinggalkan di tepi jalan..saya menolak permintaan dia..akan tetapi dia seperti mahu membuka pintu ketika kereta masih bergerak laju..lalu saya telah menyebut 'kalau kau keluar dari kereta,jatuh talak'..tapi niat sy hanya untuk dia tidak keluar dri kereta ketika kereta masih bergerak laju..selepas berkata demikian,isteri sy tidak keluar dari kereta..tetapi bila pergaduhan reda,kami singgah di petronas utk solat zuhur..isteri sy keluar dri kereta..adakah talak nya jatuh juga??minta pencerahan dari ustaz..terima kasih..kerana niat sy ketika lafaz itu adalah hanya ketika kereta masih bergerak..
File Upload:
salam

Taklik adalah mengikut apa yang diniatkan oleh suami, jika niat suami ketika kereta bergerak, maka ia terjadi pada masa kereta bergerak. Apabila sudah berhenti, taklik itu tidak dipakai lagi.

Pada saya, ia tidak menjatuhkan talak pada kes ini.

tk

Visitor IP: 1.32.77.74

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA