Sunday, October 18, 2015

Soalan: mohon kepastoan

Nama*:diana
Tajuk*:mohon kepastoan
Message*:Salam ustaz , saya nak tanya soalan tentang cerai :
1. hukum suami cakap " kau dan aku dah tak ada apa2 lagi".
2. Suami berkata " kita dah tak apa2 lagi".
3. Aku tak nak tengok muka kau lagi
4. Kemas kain baju kau, kau keluar sekarang
5. Kau call ayah kau, suruh dia datang ambil kau sekarang
6. kau berambus sekarang

ustaz, adakah kesemua kata2 suami tu boleh katuh talak?
Untuk pengetahuan ustaz, suami cakap ayat2 tu dalam keadaan marah / temper..
Apa yg perlu saya buat yer ustaz? Sebab dah banyak kali suami cakap.
Tk
File Upload:
Salam

Semua ucapan itu boleh menjatuhkan talak kerana dalam kategori lafaz kinayah. Sekiranya suami ada berniat untuk cerai ketika lafaz itu diucapkan maka terjadilah talak. Puan kena pastikan daripada suami sama ada dia bermaksud cerai atau suruh balik atau suruh keluar pergi sebegitu sahaja.

Pengakuan suami hendaklah diterima dengan apa yang diperakukan. Usah ditanya atau ditekan banyak banyak..

tk

Visitor IP: 203.106.158.116

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA