Soalan: jatuh kah talak?
Nama*: | julika |
Tajuk*: | jatuh kah talak? |
Message*: | Assalamualaikum ustaz.. sy ade bberapa kmusykilan..
Situasinya begini... Dalam setahun yang lepas sy ada b'balas sms dgn rakan lelaki.. mungkin disebabkn cemburu suami saya telah b'kata spt ini... "jangan mesej lagi dengan lelaki tu,kalau tak jatuh talak satu"..
selepas suami saya b'kata begitu saya mmg xada b'balas sms dgn rakan lelaki itu lg... tetapi selepas 2 bln ktika itu sy mngandungkn anak kedua.. rakan llki sy td ada m'hantar sms b'tnyakn tntg pkerjaan... sy telah mmbalas sms itu slepas mndapat keizinan dr suami...
soalan: adakah jatuh talak itu?
:apa tindakan yang harus saya ambil ketika ini?
:jika talaknya jatuh bgaimana hendak rujuk'??
*saya perlukn bantuan jwapan dr ustaz dgn sgera..
Trima ksih ustaZ.. |
File Upload:
Salam | |
Pada pendapat saya, ia tidak menjatuhkan talak taklik kerana atas kebenaran suami.
Jika terjadinya talak satu, suami boleh merujuk kembali dengan ajakan untuk kembali bersama.
tk
Visitor IP: 113.210.132.109
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.