Thursday, October 15, 2015

Soalan: masalah suami malas bekerja

Nama*:vee
Tajuk*:masalah suami malas bekerja
Message*:saya dah berkahwin selama 3 tahun, pada awal perkahwinan semuanya baik . suami bekerja dan saya mnjaga anak dirumah sehinngga anak berusia 1 tahun 7 bulan. kemudian saya pon bekerja sehingga sekarang , masa saya bekerja selama 2 bulan beliau telah berhenti kerja dan sehingga kini setelah saya melahirkan anak yang kedua beliau masih tidak bekerja, beliau asyik meminta duit pada saya, sedangkan saya tidak cukup kerana saya perlu membayar duit taska untuk kedua anak saya dan barang barang mereka. alasan beliau xnak bekerja adalah kerana motor rosak, saya sudah kelurkan duit yg banyak tp motor itu tidak jugak siap repair, saya tertekan dengan keadaan, beliau mngganggu saya di pejabat mintak duit. saya xada duit untuk diberi, kami seting brgaduh kerana duit , duit bantuan brim dari kerajaan pon satu sen saya xprnah dapat , semua atas dia dan kelurga dia. saya dah tak boleh bertahan lagi.apakah cara yg bole saya lakukan . saya nak kmbali pada keluarga saya tp beliau tidak bagi , beliau pernah pukul saya dan tidak bagi saya memegang anak saya yang pertama. saya sangat xboleh terima beliau lagi. malas bekerja dan baran tak tentu pasal . habis segala benda yang ada digadainya
File Upload:
Salam

Tiga tahun itu tempoh yang agak lama. Pernah saya temui lelaki malas bekerja untuk seumur hidupnya, sejak berkahwin hinggalah sekarang.

Lelaki seperti ini tidak bertanggungjawab. Mereka lupa tugas hakiki suami ke atas rumah tangga. Elok diberikan tarbiah dan pendidikan semula. Ajaklah dia ke masjid atau surau untuk dia menambahkan ilmu dan tambahkan iman juga. Selagi dia tidak mendekati agama, selagi itu hidupnya rosak dan tidak terurus. Bantulah untuk mendekatkan dia dengan agama, sebelum perkara lain dapat dipulihkan.

tk

Visitor IP: 60.53.69.49

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA