Monday, October 26, 2015

Soalan: sah tak mandi wajib

Nama*:jamiah
Tajuk*:sah tak mandi wajib
Message*:Salam ustaz...
Saya mandi wajib guna shower..
Saya hanya mencangkung dan kadang2 berdiri dibawah shower supaya air dapat diratakan keseluruh badan..

SOALAN :

1. Bawah shower tu ada paip air...
Bila saya mandi, sedikit air dari shower tu akan kena paip air tu dan sisa airnya terkena pada sikit pada badan saya..
Sah tak mandi wajib saya? adakah ia jadi air mustaqmal?
lagipun air shower sentiasa mengalir..

2. Semasa sedang mandi, dipermukaan shower yg tak berlubang ada percikan air..mungkin terpercik semasa saya sedang mandi..
Sah tak mandi saya ustaz? adakah ia jadi air mustaqmal?
air shower sentiasa mengalir..

3. Selepas siap mandi, saya pun off shower tu dan badan saya terkena dinding bilik air / terkena sisi baldi yg basah akibat percikan air semasa saya mandi tadi...
kemudian saya pun 'on' semula shower & ratakan air pada badan yg yerkena dinding td tp air shower tetiba slow dan terkena bahagian paip bawah shower tu...
Adakah sah mandi wajib saya ustaz..

Terima kasih.
File Upload:
Salam

Air mustakmal ialah air yg digunakan untuk basuhan wajib seperti basuhan najis yang pertama, basuhan wuduk yang pertama, dan air mandi wajib.

Bila air keluar daripada shower, itu adalah air mutlak. Jika air itu terkena dinding dan terjatuh ke sabun dsb, ia tetap air mutlak dan sah mandi wajib.

Yang penting untuk mandi wajib ialah meratakan air ke seluruh tubuh badan. Memadai dengan bersiram sekali di bawah shower dan ratakan air ke seluruh tubuh.

Islam itu agama yang mudah, hanya kita yang menyusahkannya.

tk

Visitor IP: 1.9.103.29

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA