Sunday, October 25, 2015

Soalan: suami nafi lafaz pada kawan

Nama*:isteri
Tajuk*:suami nafi lafaz pada kawan
Message*:Salam ustaz,

Saya dan suami telah bergaduh dan dia bertindak meninggalkan rumah sehelai sepinggang dan tidak pulang ke rumah selama beberapa hari. Saya menyuruh adik ipar saya mencari suami di rumah kawannya tetapi dia tiada. Adik ipar saya cuba menelefon sahabat mereka sekampung dan sahabat ini menyatakan suami saya meminta utk tumpang dirumah tetapi dia belum pergi ambil suami saya lagi dan menurut sahabat ini, suami kata telah 'lepas' kan isterinya. Adik ipar saya memberitahu saya hal ini dan saya telefon sahabatnya itu utk kepastian. Petang itu suami saya menelefon saya, dia ingin pulang ke rumah dan dia terkejut bila saya beritahu yang sahabatnya kata dia telah lepaskan saya. Dia sekeras-kerasnya menafikan dan menyatakan banyak saksi ada sewaktu dia menelefon sahabatnya. Suami saya cuba menelefon semula sahabatnya itu tetapi sehinga hari ini tidak dijawab.

Harap ustaz dapat beri pandangan kerana saya sungguh ragu akan status saya ini.
File Upload:
Salam

Pengakuan terbaik adalah daripada suami puan sendiri. Jika dia mengatakan tidak pernah melafazkan CERAI, maka terimalah kenyataan itu dan tiadalah terjadinya cerai.

Mungkin ada dia bercakap dengan kawannya, mungkin dia ada menyebut seakan-akan mahu melepaskan isterinya, tetapi ia hanya satu kenyataan bukannya satu penegasan kepada cerai. Oleh itu, tidaklah terjadinya cerai sehinggalah suami benar benar melafazkan CERAI.

tk


Visitor IP: 219.92.7.185

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA