Saturday, October 31, 2015

Soalan: monolog dalaman


Nama*:hamidi
Tajuk*:monolog dalaman
Message*:minta maaf ustaz kerana menanyakan soalan ini...sy hilang keyakinan pd diri sendiri..sy ade penyakit monolog dalaman suke bercakap2 dalam hati tentang talak tp tidak dilafazkan..sy sudah baca blog2 soalan ustaz tentang masalah org lain yg lebih kurang dgn sy tp sy still tak dpt yakin hati sy lagi..sdikit sebanyak dpt membantu sy jauhkan was2 selama seminggu..dan sekarang kembali was2 balik..semalam hujan lebat, acap kali sy terjaga dr tidur..dalam beberapa kali terjaga selalu datang fikiran talak..sy cuba lupakan tp tetap datang..lintasan itu berbunyi begini contoh : Ali terfikir sorang2 terhadap isterinya seperti ini "2 talak ke atas Aminah" ...mtk maaf sy guna cth org lain tkt sy was2 lgi..begitula lebih kurang lintasan sy..x henti2 datang..sy bgun awal2 subuh berdoa istighfar..tgk muka isteri anak sy utk yakinkan hati bahawa itu sekadar dlm hati bkn di lafaz..mula2 yakin..sampai je tempat kerja datang balik fikiran adakah itu lintasan atau lafaz tp xde pulak dengar bunyi..mtk maaf kerana sy tny..mohon ustaz terbuka hati menjawab soalan sy..InsyaAllah sy usaha lgi supaya x was2 selama sbulan dan seterusnya hilang la penyakit was2 sy ini..salam
File Upload:
Salam

Usah dilayan lintasan dan gangguan seperti itu. Ia lagi mengusutkan keadaan saudara. Banyakkan istighfar dan zikir. Quran tu selalu baca dan baca.. binalah keyakinan diri

tk

Visitor IP: 175.145.230.111

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA