Monday, October 12, 2015

Soalan: penjelaan tentang talak

Nama*:zailin azlan
Tajuk*:penjelaan tentang talak
Message*:Assalammualaikum ustaz saya nak tanya la saya bergaduh dengan suami selepas tu suami bagi saya mesej ini "AKU NI LAKI KO KLAU KO DAH X SUKE DGAN AKU BAIK KITE CERAI SAJE AKU DAH GAGAL NAK DIDIK KO DGAN KLUARGE YG BAIK" dan DAH LA... BERIYE2 KO CARI KESALAHAN AKU YE SAMPAI KAN AKU DAH X BOLE BBUAT APE2 ALIH2 DI SEBALIK PENIPU BESA DAH LA AKU DAH RASE TAWA HATI DGN KO TEPULANG LA DGAN SAPE KO NAK SECANDAL TP JGAN DGAN KAWAN2 AKU DAH LA AKU RASE DAH MCM XDE BINI SEKARANG NI DAH LA ABG DAH XDE HATI NAK DIDIK2 LG BUAT LA APE YG KO NAK BUAT AKU BESUMPAH X KAN GANGU HIDUP KO LG AKU DAH GAGAL DIDIK ISTERI AKU SENDIRI AKU DAH GAGAL.... AKU LEBIH RELA TERUS X BALIK SAMPAI KE RUMAH DARI AKU BALIK RUMAH BESOK ANGAP LA PTG TDI YG TERAKHIR KO TGUK AKU SALAM AKU.. RUPE2 HIDUP AKU DI PERMAIN JUGAK LEBIH2 KLAU AKU CKAP PON KO AKAN CKAP KISAH2 AKU SBLUM2 NI MCMANE.. NI SEMUE MMANG SBB KO X PUAS HATI SGAN AKU KO NAK SANGAT BALAS DENDAM KAN DAH LA PGILA JAHANAM DGAN SAPE KO NAK SCANDAL AKU XKAN GANGU HIDUP KO LG" maksudnya jatuh tak talak nya
File Upload:

Salam

Besar bergaduhnya tu..

Suami tidak menyatakan cerai secara terang-terang.

Pendapat saya, tidak jatuh talak lagi.

tk
Visitor IP: 115.164.218.227

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA