Soalan: Adakah ini dikira lafaz talak.
Nama*: | Khairul |
Tajuk*: | Adakah ini dikira lafaz talak. |
Message*: | Assalamualaikum ustaz.
Saya dan isteri telah berkahwin hampir sebulan. Namun buat sementara waktu ini, kami tinggal berjauhan atas faktor tempat kerja. Saya di Kelantan, isteri di Perak.
Pada hujung minggu lalu, kami berjumpa di Kuala Lumpur. Menghabiskan masa di sana mulai hari Jumaat hingga Ahad.
Pada malam Ahad, sebelum pulang keesokan hari nya. Saya telah meluahkan perasaan kepada isteri saya. Ayat nya berbunyi begini.
Saya: Mmm.. sedih nya..
Isteri: Kenapa??
Saya: Sedih la, esok dah nak kene berpisah.
Pada ketika ini, apa yg saya maksudkan ialah kami kene/TERPAKSA berpisah yang bermaksud balik ke negeri masing2 keesokan nya untuk bekerja pada hari Isnin seperti biasa. Langsung tidak ada pergaduhan, perselisihan faham, atau pon lintasan niat dalam hati saya untuk menc_raikan isteri.
Namun, mungkin atas permainan syaitan, hati saya asyik terpikir tentang perkara ini. Jadi ape pandangan ustaz tentang ayat saya itu? Adakah sampai ke maksud cerai? Jatuhkan hukum?
Sangat berharap ustaz dapat memberi jawapan. |
File Upload: | |
Salam
Kan sudah tahu, itu mainan syaitan. Kenapa perlu dilayan mainan dan lintasan seperti itu, sedangkan saudara tiada berniat langsung ke arah cerai.
Sudah tu.. pergi bertaubat dan banyakkan istighfar..
tk
Visitor IP: 1.9.98.92
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.