Nama*: | Hassan Sidek |
Tajuk*: | Insan bingung |
Message*: | Assalamualaikum Ustaz. Pada tahun lepas rumahtangga saya telah ditimpa musibah sehingga membawa kepada per.......(maaf saya amat trauma dengan kalimah tersebut). Ia berpunca daripada orang ketiga yang cuba merampas isteri saya. Tambahan pula terdapat banyak simptom sihir ketika ia berlaku. Ketika dalam proses pendaftaran per....... di mahkmah saya pernah memujuk isteri saya untuk rujuk semula beberapa kali(tak ingat berapa kali) tetapi isteri saya enggan. Sampai suatu ketika saya berhenti memujuk isteri saya kerana saya keliru dengan satu lafaz taklik yang terdapat pada sijil nikah saya. Lafaz taklik (negeri Perak) itu seperti berikut "Tiap-tiap aku rujuk akan isteriku (nama isteri), dengan tiada redanya, maka tertalaklah ia satu talak pula."Ditambah pula dengan nasihat orang sekeliling menasihatkan berhenti memujuk isteri untuk rujuk kerana khuatir akan jatuh t.... lagi. Saya menjadi amat tertekan dan sangat lupa dan tidak sedar bahawa rujuk sebenarnya boleh terjadi walaupun tanpa persetujuan isteri. Pihak keluarga dan mereka yang mengetahui masalah saya langsung tidak mengingatkan saya akan hal (rujuk belaku) tersebut. Dalam saat saya tertekan dan lupa itu juga saya mendapat tahu isteri saya ada merancang untuk berkahwin dengan orang ketiga tersebut melalui rakannya. Saya pernah memarahi isteri saya dan berkata (dengan ayat lebih kurang sebab tak ingat ayat asal) padanya " Awak boleh kahwin dengan orang lain tapi bukan dengan dia (orang ketiga)" Pernah juga isteri saya memberitahu ada rakan baiknya berhasrat untuk memperisterikan dia selepas mendapat tahu masalah yang dihadapi isteri. Lalu saya memberitahu saya boleh terima dan berkawan dengan rakannya itu nanti (walaupun di hati tidak redha), Tetapi isteri menolak tawarannya. Untuk pengetahuan Ustaz, saya tidak pernah berputus asa dan terus berubat dengan kaedah perubatan Islam dan terus berdoa. Akhirnya tidak lama selepas itu isteri saya bersetuju untuk rujuk semula dan kami hidup bahagia hingga sekarang. Berkaitan dengan lafaz taklik tadi selepas dirujuk kepada pegawai agama ianya terpakai apabila isteri membuat aduan di mahkamah. Yang membingungkan saya, perkara ini tiba-tiba terfikir semula setelah lama ia berlaku. Saya menjadi takut dan tertekan dek kerana sikap lupa dan keliru (dengan lafaz taklik) serta mengganggap rujuk tidak berlaku. Saya khuatir jika lafaz ayat ketika memarahi isteri saya ketika itu dan respon saya kepada isteri tentang niat rakan baiknya itu menyebabkan jatuhnya t.... lagi sekaligus membatalkan rujuk saya ketika di awal kejadian. Bila diingat semula hal ini saya berasa sangat bodoh kerana tidak mempertahankan isteri saya adalah hak saya ketika itu. Saya benar-benar lupa dan keliru bahawa RUJUK telah pun berlaku ketika itu, Ustaz. Mohon bantuan dan pencerahan daripada Ustaz. Maafkan saya jika masalah yang saya kemukakan ini memebebankan fikiran Ustaz, tetapi saya pada waktu ini lagi amat berasa tertekan memikirkan hal ini. |
File Upload: |
Saya kurang arif dengan lafaz taklik (negeri Perak). Jika benar begitu susah juga.. Dari penjelasan saudara pegawai agama yang menjelaskan disabitkan kes dalam mahkamah, kira ok lah.. cuma lafaz taklik umum seharusnya tidak boleh dikhususkan setelah ia dilafazkan.
Pada pendapat saya, rujuk saudara itu adalah sah dan kekal dalam hubungan suami isteri. Ini berdasarkan penjelasan pegawai agama berkenaan dan RUJUK kali kedua yang dibuat secara sah.
tk
Visitor IP: 60.49.73.71
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.