Sunday, October 11, 2015

Soalan: lafaz cerai taklik

Nama*:puan siti
Tajuk*:lafaz cerai taklik
Message*:salam ustaz..bertnya bg pihak kwn,tahun lepas dia ada bergaduh dgn suami dan si suami ckp kalau awk keluar dari sini jatuh talak 3.masa tu mereka dlm bilik hotel dipenang dan waktu tu pukul 4 ptg lebih.lepas tu kwn sy dlm pkul 6 baru keluar dari bilik hotel.adakah jatuh talak 3 atau talak 1 sbb tu baru pertama kali lafaz cerai.dan lepas tu suami kwn sy cakap dia sebenarnya maksudkan kalau awk keluar dari penang bukan dari bilik ni untuk hari ni,ada kah jatuh talak tu ustaz?dan esoknya bila keluar dari penang nk ke kl ada jatuh lg talak tu ustaz sbb suami dia cakap niat dia utk sebut tu yg semalam.harap dpt penjelasan ustaz.terima kasih.
File Upload:
Salam

Kena tanyakan maksud sebenar taklik itu kepada suami. Jika suami bermaksud Penang, maka selamat ia tidak jatuh talak. Jika suami bermaksud taklik itu untuk hari itu sahaja, maka selamatlah dia ketika keluar Penang tanpa terjadinya talak.

Jika suami tidak mengkhususkan apa-apa, maka keluarnya dia dari Penang pada hari berikutnya boleh menjatuhkan talak.

Kena pastikan hal dan maksud itu daripada suami, dan terimalah kenyataan suami itu sebegitu tanpa perlu bersoal jawab lagi.

tk.

Visitor IP: 115.164.183.66

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA