Monday, October 5, 2015

Soalan: Mohon pencerahan Ustaz

Nama*:Fadilah Ahmad
Tajuk*:Mohon pencerahan Ustaz
Message*:Assalamualaikum Ustaz. Saya ada kemusykilan berkenaan hukum talak. Rumahtangga saya pernah bermasalah pada tahun lepas sehinggalah ia membawa kepada per........(maaf Ustaz saya amat fobia dengan perkataan tersebut,saya tidak mampu nak menaipnya harap Ustaz faham). Ia berpunca angkara org ketiga. Pada ketika itu saya berusaha mengajak isteri saya rujuk semula. Tetapi dia enggan dan menolak pelawaan saya. Dalam keadaan saya yang amat tertekan ketika itu, saya menceritakan masalah yg saya hadapi kepada rakan dan ahli keluarga yg terdekat. Pada masa saya meluahkan masalah saya kpd mereka, saya ada beritahu mereka bahawa saya dan isteri telah ber..... serta puncanya dan juga menyatakan pada mereka yang isteri saya enggan untuk rujuk semula. Sememangnya saya tak ingat langsung dan lupa rujuk boleh berlaku walaupun tanpa kerelaan isteri. Ini adalah kerana kejahilan saya sendiri. Saya tidak ingat ayat perbualan ketika menceritakan hal tersebut kpd mereka. Saya mengandaikan ayat yg saya gunakan lebih kurang begini " mak, saya dah ber.........., "seterusnya saya ceritakan tentang punca dan keengganan isteri saya dan kesediaan saya untuk merujuk semula. Yang menjadi kemusykilan kepada saya adakah t.... jatuh lagi kerana saya ada menyebut " mak saya dah ber....." sedangkan sebelum itu saya ada mengajak isteri untuk rujuk semula. Saya berniat untuk bercerita tentang masalah yang saya hadapi bukan berniat untuk ber..... Perkara yang sama juga saya bercerita pada rakan dan ahli keluarga yang lain yang rapat dengan saya. Hal ini saya sedari dan fikirkan secara tiba-tiba selepas setahun berlaku. Sedangkan tidak lama selepas itu kami telah rujuk semula dan hidup bahagia hingga sekarang. Saya bingung Ustaz jika tindakan saya pada masa lampau mengundang perkara yang tidak saya ingini.
File Upload:
Salam

Jika saudara pernah melafazkan cerai, maka jatuhlah talak. Tetapi jika saudara hanya bercerita kepada seseorang mengatakan telah bercerai, ia tidak lagi menjatuhkan talak. Sebab penceritaan bukanlah satu penegasan untuk cerai, sebaliknya lafaz cerai yang jelas adalah perlu untuk menjatuhkan talak.

Apabila lafaz talak terjadi secara jelas, maka jatuhlah talak satu. Kemudian jika saudara menceritakan tentang talak itu kepada keluarga ia tidaklah menjadilah talak kedua atau ketiga, kerana penceritaan itu adalah satu perkhabaran bukannya penegasan pada talak.

Mengenai rujuk, ia tidak perlu kepada persetujuan isteri. Memadai dengan lafaz rujuk yang jelas untuk mengesahkan rujuk itu terjadi.

tk

Visitor IP: 1.32.74.161

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA