Friday, October 16, 2015

Soalan: suami igut nak lafaz cerai

Nama*:nursafina
Tajuk*:suami igut nak lafaz cerai
Message*:Assalammualaikum ustaz...
Saya nak tanya tentang lafaz cerai.
Saya ada bergaduh dgn suami..saya lari tidur diluar bilik...
Suami marah dan berkata "kau nak ke aku cakap"..
Suami cakap macam tu secara berulang kali...
Kemudian, suami tanya lagi "nak ke aku cakap , atau nak aku taip mesej"..
Saya hanya diam tanpa jawab apa apa hanya menangis tersedu sedu...
Saya tahu maksud suami..dia nak cakap yg die nak ceraikan saya..cuma dia tak lafaz lagi dan hanya ugut saya je...
Tapikan ustaz, saya memang tak ada dengar dia lafaz...
Situasi tersebut tu boleh jatuh talak ke ustaz?

Kemudian dlm 10minit lepas bertengkar, suami ada pujuk saya.. Saya tanya suami, kenapa ugut saya nak cakap benda tu...
Suami pun jawab "ugut cakap apa'...
Saya tahu dia saja buat buat tak tahu...
Saya pun tanya suami "entah entah abg dah lafaz kot, dah cakap kot, manalah tahu masa tengah2 marah tu abg lafaz sorang2 ke, saya tak dengar...benda tu abang jgn buat main..abang dah ugut maknanya abg memang ada niat / berniat ke arah itu.
Suami saya jawab : mana ada abang cakap/lafaz...mana ada abg cakap/lafaz seorang diri...
Suami saya menafikan semua pertanyaan & tekaan saya..
Soalan saya kpd ustaz : situasi ni boleh menjatuhkan talak ke?
Harap ustaz dapat membantu & memberi pandangan ustaz
File Upload:
Salam

Selagi suami tidak lafazkan cerai, maka tidaklah terjadinya talak.

Usah diungkit lagi kerana ia menimbulkan kemarahan dan keyakinan suami kepada isterinya.

Pada saya, kes ini tidak menjatuhkan talak.

tk

Visitor IP: 1.9.103.9

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA