Tuesday, October 6, 2015

Soalan: pergi dulu tu lafaz kinayah ke?

Nama*:ninja risau
Tajuk*:pergi dulu tu lafaz kinayah ke?
Message*:saya dah bersiap2 nak pergi kedai..masa nak bukak grill rumah..saya cakap abang pergi dulu(ketika itu dtg lintasan)sy secara automatik cakap kedai.so ayat penuh saya itu abang pergi dulu kedai..Adakah ia menjadi lafaz kinayah?sebab saya rasa ungkapan pergi dahulu tu sesuatu yang normal jika seseorang nak beritahu dia nk pergi ke sesuatu tempat.kalau tgh bercerita psl nk beli brg kt kedai n siap2 ambil duit..xkn la nak pergi ke tempat lain..bukan ke sama mcm kita..siap2 ambil wuduk xkan la nk pergi men bola plak?betul x ustaz?
File Upload:
Salam

Susahnya hidup kalau macam ni.. Tak fikir ke Islam tu agama rahmat kepada manusia, tak terasa bertapa dipermainkan dengan kes seperti ini untuk dikaitkan dengan cerai dan talak..

Maaf ya saudara, kadang kala saya gusar dengan pertanyaan seperti ini yang menampakkan agama Islam begitu kejam dan mudah nak runtuhkan sesebuah keluarga.

Jawapannya, ia tidaklah menjatuhkan talak..

Maaf dan terima kasih..

Visitor IP: 183.171.228.132

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA