Soalan: Rasa Musykil
Nama*: | Insan Keliru |
Tajuk*: | Rasa Musykil |
Message*: | Assalamualaikum Ustaz......
Saya ingin bertanya....secara tiba2 lintasan hati datang dengan ayat begini "Rasa nak mengalah jer" dan " Aku dah tewas" dalam hati lalu saya fikirkan semula lintasan itu dan berkata dalam hati aku tidak mungkin mengalah dan tidak berputus asa.Saya yakin yang saya tidak pernah melafazkan ayat cerai seorang diri.Saya tidak mengalah dan tidak berputus asa untuk melawan gangguan was was ini kerana ia mainan syaitan.Saya tiada berniat untuk bercerai.Soalan saya tidak jatuh talak kan Ustaz kerana saya yakin tidak pernah lafazkan ayat cerai seorang diri? |
File Upload: | |
Salam
Lintasan usah dilayan. Selagi tidak disebut CERAI, ia tidaklah terjadinya talak.
Hilangkan was-was yang menjadi mainan syaitan.
tk
Visitor IP: 143.192.98.130
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.