Soalan: Minta pendapat
Nama*: | Hamba Allah yang Was Was |
Tajuk*: | Minta pendapat |
Message*: | assalamualaikum ustaz, di sini sy da 2 soalan.
1)Adakah penggunaan perkataan macam ini:nama abang Hafiz...tp x memelihara dan melindung pun.adakah ini kira lafaz kinayah?
2)so suami sebelum ini ada rase cm terlafaz lafaz taklik seorang diri tetapi setelah lama diyakini itu hanya mainan perasaan/berckap dlm hati..sepanjang tempoh was was itu..so suami ada bercerita dgn Isteri akan kerunsinganmya itu..adakah jika menceritakan kerisauan kepada Isteri boleh menyebabkan jatuhnya lafaz taklik?cth ayatnya lebih kurang begini... Syg tahu x kenapa abg x buat benda tu..abg takut abg da terlafaz dlu..abg takut klau abg buat benda itu jatuh..benda itu adalah hobi si suami.adakah sehingga mati saya xleh buat hobi itu?sy yakin slps sy bercerita dgn Isteri sy x pernh lg buat benda itu. |
File Upload: | |
Kadang kala saya menjadi rimas untuk menangani pertanyaan mereka yang was-was.. Sukar hendak saya pujuk hati untuk terbuka menjawab persoalan seperti ini.. Lagi-lagi was was...
Ia mainan syaitan, janganlah kita berkawan dengan syaitan, tak baik tu...
tk
Visitor IP: 103.1.71.193
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.