Nama*: | Abdul Kahar |
Tajuk*: | Lafaz kinayahkah ini? |
Message*: | Assalamualaikum Ustaz. Kebelakangan ini ramai orang mengidap penyakit lintasan hati dan was-was. Saya juga adalah salah seorang daripada mereka. Kini saya saya sedang dalam proses berubat. Saya ingin bertanya Ustaz, ketika saya berkunjung ke sebuah premis syarikat telekomunikasi baru-baru ini untuk memotong (terminate) talian internet, pegawai syarikat tersebut menawarkan pakej yang menarik dengan tujuan memujuk saya daripada memotong (terminate) talian. Dalam perbualan tersebut saya membalas tawarannya dengan berkata:" Nak terminate (potong) jugak " Dalam masa yang sama berlaku lintasan hati ke arah perce......Puas saya menidakkan lintasan dan melawan perasaan tersebut dalam fikiran saya kerana rasa macam tidak ada berlaku lintasan. Sehinggakan kini saya menjadi ragu-ragu pula samada berlaku niat atau lintasan hati. Sedangkan di awal kejadian (perbualan) tidak ada langsung niat ke arah itu. Sebenarnya saya menjadi trauma dan keliru dengan perkataan "terminate" yang bermaksud menghentikan@menamatkan kerana saya mengaitkan dengan makna ce...@ lafaz kinayah. Ini adalah kelemahan saya Ustaz. Namun saya berazam untuk mengubati penyakit yang mengganggu kehidupan saya. Justeru itu saya perlukan penjelasan drpd Ustaz berkenaan ayat yang saya sebutkan tadi ("Nak terminate (potong) jugak"). Maafkan jika soalan ini mengganggu Ustaz. Terima kasih. |
File Upload: |
Alhamdulillah dan tahniah atas usaha berterusan dan bersungguh sungguh untuk mengubati was was itu..
Selagi namanya ia gangguan dan lintasan hati, ia tidaklah melibatkan terjadinya talak dan cerai.
Belajar dan dalami ilmu fiqh terutamanya bab nikah kahwin, cerai berai..
tk
Visitor IP: 115.133.88.223
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.