Soalan: Ingin Penjelasan
Nama*: | Lias |
Tajuk*: | Ingin Penjelasan |
Message*: | Assalamualaikum.....
Ustaz...Disini saya ada 3 pertanyaan :-
1/. Si Suami mengadu pada rakannya tentang masalah was was yang dihadapinya lalu rakan dia berkata kepada dia begini "Maknanya ada gangguan yang suruh kau bercerai dengan isteri kau" lalu Si Suami berkata "Yea,ada gangguan". Suami tiada berniat bercerai.Apakah hukumnya Ustaz?
2/. Secara tiba-tiba suami berkata dalam hati " Aku tak yakin berkata dalam hati" Suami tersedar lalu berkata dalam hati "Aku yakin tak lafaz ayat cerai seorang diri...Aku yakin berkata dalam hati atau lintasan hati" Apakah hukumya Ustaz?
3/. Dalam hati tersasul berkata "Yea Sayang" sedangkan Si Suami tidak pernah lafazkan ayat cerai seorang diri dan tidak dihadapan isteri berkata didalam hati....Si Suami ingin berkata dalam hati "Tak Sayang,Abg tak pernah lafazkan ayat cerai itu".Suami tiada niat bercerai.Apakah hukumnya Ustaz?
Terima Kasih Ustaz..... |
File Upload: | |
Salam
1.Tidak menjatuhkan cerai
2. Tidak jatuhkan cerai
3. Tidak jatuh cerai
Yang utama sekali saudara kena ubah perangai was-was tu..
Visitor IP: 175.136.244.161
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.