Soalan: inginkan penjelasan tentang pahala ikhlas tolong org
Nama*: | din |
Tajuk*: | inginkan penjelasan tentang pahala ikhlas tolong org |
Message*: | Assalamualaikum ustaz,
Seperti yg semua tahu, sebaik2nya pertolongan atau sumbangan kite kpd org yg memerlukan biarlah dirahsiakn dan tidak perlu diwar-warkn. Tetapi sy tertarik utk turut serta dlm organisasi/kumpulan yg berniat baik utk membantu/menyumbangkn kpd yg memerlukan dan kebiasaannya aktiviti mereka dikongsi dan dipaparkn didalam media sosial. Apakah kebaikan yg dilakukan ini diterima Allah, jika niat memaparkn aktiviti trsebut adalah utk menarik minat org ramai utk melakukan kebaikan? bukanlah utk menunjuk2 atau membangga diri.. |
File Upload: | |
Salam
Alhamdulillah dan tahniah atas komitmen saudara untuk terlibat dalam aktiviti seperti ini. Teruskanlah usaha baik ini. Soal mewar-warkan di fb dll ia adalah satu langkah promosi untuk membudayakan lagi masyarakat prihatin. Ia bagus untuk menggerakkan masyarakat yg lebih prihatin ke arah memperbanyakkan kebaikan dlm masyarakat. tidak ada salahnya.
tk
Visitor IP: 14.192.214.110
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.