Saturday, October 10, 2015

Soalan: perasaan marah dan sedih

Nama*:dalam dilema
Tajuk*:perasaan marah dan sedih
Message*:Assalamualaikum..saya ingin menanyakan berapa soalan

1) Ketika berlakunya lintasan hati/fikiran ke arah yang tidak baik di mana datangnya keraguan dan ketakutan samada dia ada melafazkan tanpa sedar tetapi dia yakin tiada sebarang bunyi yang dikeluarkan,gerakan bibir dan pergerakan mulut.tetapi si suami mengambil langkah2 berjaga untuk tidak membuat benda itu.Dan jika dia membuatnya dan datang keraguan kembali tetapi apa yang ternyata keyakinan tiada sebarang bunyi yang dikeluarkan,gerakan bibir dan pergerakan mulut tetap wujud.Apakah hukum jika seseorang itu membuat benda itu dan berasa was was tetapi dia meyakinkan diri dia balik tidak ada apa2 yang berlaku

2)untuk kes ke 2 jika si suami terasa hati dan marah dengan isterinya sehingga dia mempunyai perasaan2 negatif tetapi tidak pun diutarakan dan dilafazkan tetapi perasaan itu tetap hadir ketika dia membaca doa seperti mengucapkan hanya padamu Allah aku menyerahkan segalanya (ketika itu datang bermacam2 perasaan negatif) dan ya Allah berikan la aku kekuatan dalam menempuhi kehidupan(muncul la lintasan fikiran dan hati yang menyambung ayat kehidupan itu)..adakah dengan mengatakan ayat2 itu ketika berdoa diikuti dengan perasaan negatif itu boleh menjadikan lafaz2 itu menjadi lafaz iknayah?
File Upload:
Salam

Saudara ni kena dalami ilmu fiqh terutamanya bab niat dan perkara fardu ain. Dalamilah ilmu agama..

Yang was-was tu saya tak boleh komen, saudara sendiri kena ubah dan baiki hal ini. Perhatikan ketika orang lain tidak menghadapi masalah seperti anda, tetapi anda terjerebus dalam hal yang enteng seperti ini.. PErhalusi mainan syaitan.

tk
Visitor IP: 103.1.71.7

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA