Soalan: cerai taklik
Nama*: | hashim |
Tajuk*: | cerai taklik |
Message*: | Saya baru bernikah dan belum menyetubuhi isteri saya. Untuk pengetahuan, isteri saya dalam haid semasa nikah. Beberapa jam selepas nikah, saye secara bergurau telah meminta rokok dari bapa saudara saya. Bapa saudara saya mahu memberikan, namun saya menolak sambil bergurau, "Ini kalau isteri saya tahu, bercerai". Ketika ini, tidak ada niat untuk menceraikan isteri. Maksud ayat saya itu, jika prstiwa itu diketahui isteri saya, dia akan sangat marah dan boleh membawa pergaduhan.
1) Adakah ayat saya dikira sebagai lafaz cerai (secara biasa)?
2) Adakah ayat saya dikira sebagai lafaz cerai takliq?
Sekira nya jatuh salah satu jenis cerai di atas, adakah saya boleh rujuk semula dengan lafaz rujuk biasa, walaupon isteri belum disetubuhi?
Untuk pengetahuan, saya hanya mahukan penjelasan untuk menenangkan hati. Saya sendiri kini sudah melafaz rujuk dan sudah menyetubuhi isteri saya |
File Upload: | |
Salam
Ayat di atas adalah mengikut niat yang saudara lafazkan. Oleh kerana niatnya ialah boleh membawa gaduh, maka ia bukanlah cerai atau taklik.
Ia tiada kaitan dengan cerai dalam kes saudara ini.
tk
Visitor IP: 1.9.99.171
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.