Soalan: Jatuh ke Talak?
Nama*: | Ryaan Irfan |
Tajuk*: | Jatuh ke Talak? |
Message*: | Salam.. Saya ada soalan yang ingin ditanyatakan.. Adakah talak itu jatuh dalam keadaan begini :- Isteri telah menggunakan handpone suami untuk cek panggilan telefon, sms, whatsapp tanpa pengetahuan suami. Satu hari terjadi pergaduhan maka si suami berkata "kalau kau ada buka cek handpone aku kau bukan bini aku lagi" dan si suami juga menyuruh memaksa isterinya bersumpah untuk mengaku. Akan tetapi isterinya terpaksa berbohong supaya keadaan tidak menjadi lebih tegang. Bagaimana pula dengan lafaz cerai bagi seorang suami yang khayal disebabkan ubat yang perlu dimakan dan juga jika seseorang itu dibawah pengaruh dadah. Terima kasih. |
File Upload: | |
Visitor IP: 1.32.76.246
Follow @emfteam on Twitter |
FacebookPowered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.