Sunday, October 18, 2015

Soalan: Rasa Ingin Tahu

Nama*:En. Ahmad
Tajuk*:Rasa Ingin Tahu
Message*:Assalamualaikum Ustaz.....

Saya ingin bertanya pada Ustaz : -

1/. Si Suami sedang melakukan kerja-kerja rumah secara tiba2 lintasan hati datang untuk bercerai lalu Si Suami terlafaz seorang diri "Dah,Dah cukup aku tak nak layan gangguan hati ini dan mainan was was ini" tanpa disebutkan cerai dan tiada niat untuk bercerai.

2/. Si Suami sedang menonton tv,lintasan hati datang dengan tiba-tiba untuk bercerai lalu Si Suami terlafaz nombor seorang diri dengan tidak sengaja dalam keadaan mulut terbuka sedikit tanpa gerakkan mulut,bibir dan lidah hanya bergerak sedikit dengan suara yang tidak jelas.Si Suami tiada niat untuk bercerai dengan isterinya.

Tolong Ustaz jelaskan........Terima Kasih
File Upload:
Salam

Minta maaflah.. kadang kala saya jadi bosan nak jawab soalan mengenai was-was, berulang kali kena melayan persoalan yang sama..

Beginilah, jika kita tiada niat untuk cerai, hanya lintasan yang mengganggu, ia tidaklah terjadinya talak. Talak terjadi dengan sebab adanya niat yang kuat dan dilafazkan dengan kata-kata yang terang dan jelas.

Atasilah masalah was-was saudara.. moga Allah berikan kita yang terbaik.

tk
Visitor IP: 175.136.244.161

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA