Sunday, December 7, 2014

Soalan: xtau talak ker x

Nama*:fiona
Tajuk*:xtau talak ker x
Message*:Sy dan suami bertengkar dan suami menyatakan bahawa selama ini dia telah beberapa kali menceraikan sy dengan taklik "sekiranya kuar umah jatuh talak' dan saya x mengetahuinya/mendengar percakapannya dan sy keluar umah. Kemudian die kate da rujuk semula tanpa pengetahuan sy juge.
Pada 7/12/14 die berkate ketika marah2 tentang bercerai juge tapi tidak berape jelas maksudnya..tp apabila saye ingin keluar rumah die marah2 dan memberitahu bahawa die tiada mengatakan untuk bercerai.macammane dgn situasi sy ni ustaz...bolehkah kami tinggal sebumbung lagi...terima kasih
File Upload:

Salam

Lafaz taklik hendaklah dimaklumkan kepada isteri apa larangan dan tegahan yang dijanjikan sehingga menjatuhkan talak. Tetapi jika taklik disebut tanpa pengetahuan isteri, maka ia tidaklah terjadi taklik kerana isteri tidak tahu larangan berkenaan. Oleh itu, pada pendapat saya, lafaz taklik suami seperti kes di atas yang tidak memaklumkan kepada isteri, adalah tidak sah dan tidak terjadi talak.

Rujuk boleh dibuat dan sah walaupun tanpa persetujuan isteri.

(dalam kes ini, tiada talak terjadi.. tak perlu rujuk)

Jika sebutan suami kurang jelas, maka tidaklah terjadi talak setelah mana diperjelaskan suami ia tidak bermaksud talak.

tk



Visitor IP: 1.9.101.217

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA